Thursday 18 October 2012

Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua

Tadi disebabkan kerja yang kurang di pejabat maka, akak di pejabat ni buka Tonton.com.my.. Untuk apa? Tengok Vokal Bukan Sekadar Rupa II (Vokal) lar takkan Adam & Hawa pulak. Sebenarnya Syila ni bukan lar minat sangat rancangan TV ni, kalau tengok pun sekadar untuk ambil tahu. Tapi tadi sebab tak banyak kerja maka join lar akak tu tengok Vokal tu. Macam-macam gelagat. Semalam baru buat entry pasal ragam rakyat Malaysia. Bila tengok Vokal tu tadi, rasa macam nak buat lagi entry mengenai ragam rakyat Malaysia part 2. Hahahaha. Kenapa Syila kata macam tu ?

  1. Yang buat Syila gelak terbahak-bahak adalah part mamat yang dari Batu Pahat, Johor. Ni episod 1 ya kawan-kawan. Kenapa Syila gelak? Sebabnya dia sangat kelakar. Dia tak lepas untuk audition, kemudian dia kata dia dari jauh. Tau jauh dari mana? Katanya dari TOKYO. Perghhh ! Memang Syila bantai gelak terbahak-bahak dengan semua officemate. Ayat dia memang macam menggebang atau pun membongak or lebih senang menipu. Kalau betul tu wallah-hu-alam lar ye. Nak tau lebih lanjut cari dekat TubeAnda ataupun lebih dikenali sebagai YOUTUBE. 
  2. Mak kepada salah seorang peserta yang jadi terlampau gembira hingga buatkan dia jadi gelabah. Anak dia terpilih jadi dia terlampau suka. Maka dia pun gembira sampaikan nak cakap telefon pun jadi salah. Nampak macam melaatah tapi sebenarnya dia terlampau gembira. Tapi suara anak dia memang terbaik. Dia nyanyi lagu kisah hati by alyah tu. Tahniah ya dari Syila untuk dia.
  3. Yang ketiga ni buatkan Syila agak geram. Kenapa Syila geram? As we know, Vokal ni program realiti yang nak cari bakat nyanyian tanpa melihat pada rupa paras mahupun fizikal seseorang itu. Tapi, ada lar seorang lelaki ni. Dia masuk dalam bilik audition tu, awal-awal dia dah minta nak buka tirai. Katanya tak feel nak menyanyi. Tindakan dia ni seperti mencabar juri bila mana dia muncul dibelakang tirai yang menghalang pandangan juri tersebut. Maka terjadi lah insiden yang boleh mempengaruhi emosi juri dan juga peserta. Kemuncak bila Mas Idayu mula tinggikan suara. Nak tahu lebih lanjut macam biasa tengok di YOUTUBE ya kawan-kawan. *Ape kes Syila macam promote Youtube ni. Gasak lar*
  4. Yang ni Syila nak puji. Lelaki OKU ataupun kurang upaya yang tak lepaskan peluang mencuba nasib.  Dia mahu buktikan bahawa OKU pun boleh berjaya. Namun begitu suaranya tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh Azmeer dan Mas Idayu. Tetapi Azmeer menasihati dia agar teruskan dalam bidang yang dia mahir. Betul kata Azmeer tu. Bukan dengan nyanyian je kita dapat buktikan sesuatu. Dia bekerja dengan TM, maka dia perlu buktikan OKU seperti dia juga mampu untuk berjaya. Syila doakan dia mampu buktikan sesuatu. 
Okay. Tu saja lar komen Syila terhadap program ni. Yang berjaya tu Syila ucapkan Tahniah. Yang kurang bernasib baik tu cuba lagi nanti atau teruskan dengan apa yang anda mahir. Ambil apa yang diperkatakan oleh juri tu sebagai nasihat dan dorongan. Kalau nak tengok Vokal ni episod ke 3 kena tunggu minggu depan hari Rabu di TV3.  

Sekian
Love, YanaSyila

No comments: