Wednesday 17 October 2012

Ragam Rakyat Malaysia

Percaya atau tidak, manusia di Malaysia ni mempunyai 1001 ragam. Setiap hari macam-macam ragam yang dapat Syila lihat. Firstly, Syila nak maklumkan bahawa blog Syila bukan nak menyentuh isu perkauman ataupun agama. Jadi Syila harap korang tak salah anggap. Syila cuma mahu berkongsi apa yang Syila lihat setiap hari. Itu sahaja tidak lebih dari itu. Jadi mari kita mulakan.


  1. Setiap pagi bila Syila dalam perjalanan ke pejabat bersama rakan srumah yang juga rakan sepejabat, Syila akan melihat pelbagai ragam dan gelagat. Kalau di jalanraya, Syila dapat lihat ada pemandu yang pentingkan diri. Maksud Syila disini ialah yang jenis suka memotong barisan. Bagi Syila itu pentingkan diri, sebab mereka mahu cepat tapi tak fikirkan pemandu lain yang dibelakang. Kadang kala Syila mahupun MSS sendiri akan lakukan perkara ini. At least bila kita nak masuk line tu bagi lar signal dan angkat lar tangan tanda terima kasih. Biar lah kita ni hidup beradap. 
  2. Ragam di perhentian bas ataupun bus stand pun boleh tahan kelakar. Kalau anda semua pernah baca komik anda akan dapat bayangkan situasi yang cuba Syila sampaikan ini. Situasi dimana, mamat-mamat indon bersandar di tiang elektrik sambil bersiul. Gadis-gadis melayu yang sopan mengenakan tudung dan baju kurung sedang duduk sendirian di bangku. Amoi-amoi cantik berdiri sambil mengecilkan mata akibat sinaran matahari pagi yang memancar tepat ke muka putih melepak mereka. Makcik-makcik yang sibuk bergosip di hujung bus stand. Nyonya sedang berjalan bersama raga sayur untuk menunggu bas. Dan juga adik-adik yang berjalan kaki mahu ke sekolah yang berada berhampiran bus stand tersebut.
  3. Kemudian ragam ketika di tandas. Syila sudah semestinya masuk tandas perempuan kan, jadi Syila akan ceria berdasarkan tandas wanita. Jangan persoalankan tentang tandas lelaki okay?. Perempuan dan tandas memang sukar dipisahkan. Tetapi sebagai wanita, yang selalunya dikenali dengan pembersih ni tolong lah flush tandas selepas digunakan. *Okay macam takde kaitan*. Kemudian, tisu yang dah guna untuk lap-lap tu sila lar buang dalam tong sampah yang disediakan. Jangan lar campak dalam lubang tandas tu. Kesian orang yang nak gunakan lepas tu. Tambah kesian untuk akak-akak cleaner nanti. Memang lar mereka dibayar untuk cuci tandas tapi tolong lar bertimbang rasa sedikit ya.
Okay. Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan. Tapi takkan habis kalau semua nak diceritakan di blog ni. Jadi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, silalah berperikemanusian ya. Ehh.. Macam lari topik pulak. Takpe lar ada kaitan juga ni. Sambil berkongsi ragam rakyat di Malaysia ni, Syila nasihat kan apa yang Syila nampak. :)

Sekian,
Love,YanaSyila

No comments: