Friday 25 January 2013

Ibu Bapa Sentiasa Berkorban untuk Anak-anak.

Panjang pulak tajuk entry syila ni. Hihihi. Masa dalam perjalanan nak pergi office minggu lepad, office mate syila bukak sinar fm dalam kereta dia. Then dorang baca cadangan pembaca di facebook untuk topik yang perlu dikupas. Salah sorang pendengar mencadangkan tajuk yang panjang. Tajuknya ' Dimana ibu bapa setelah anak2 berkahwin dan membawa haluan sendiri' . Mula-mula dengar macam tak faham apa yang pendengar tersebut mahu sinar fm bincangkan. Tapi bagi pendapat syila berkaitan ibu bapa ni mungkin sama atau mungkin bercanggah dengan sesetengah orang.

Bagi syila setelah anak-anak kahwin sekalipun, ibu bapa tak boleh diabaikan. Jadi disitulah perlunya pemilihan calon untuk menjadi pasangan hidup itu penting. Kenapa syila kata macam tu, kalau korang pilih calon suami/isteri yang hanya terima diri korang tapi tolak keluarga koran kan dah jadi satu masalah. Walaupun dah berkahwin, tak salah jika anak perempuan nak beri wang kepada ibu bapanya namun bagi anak lelaki itu mejadi satu tanggungjawab mereka. Mengapa? Kerana tanggungjawab pertama anak lelaki adalah terhadap tibunya kemudian bapanya disusuli dengan anaknya kemudian barulah isterinya. Sebaliknya untuk anak perempuan pula tanggungjawab pertama adalah kepada suaminya, anak-anaknya kemudian baru ibu bapanya. See.. Betapa pentingnya pemilihan calon yang betul. Kalau salah pilih calon maka kesian ibu bapa kita.

Kemudian bab penjagaan anak. Anak-anak tu kita yang lahirkan tapi kenapa kita hantar pada ibu bapa kita untuk jaga anak-anak kita? Dari kita kecik ibu bapa jaga kita, takkan dah besar ni nak ibu bapa jaga anak-anak kita. Nanti bila anak-anak lebih sayangkan nenek dan datuk mereka lebih dari ibu bapa sendiri korang jugak yang sentap. Ibu bapa nak main dengan cucu? Boleh je sebenarnya. Bawa anak kita melawat nenek dan datuk mereka supaya mereka kenal siapa datuk dan nenek. Malah rajin-rajinkan juga melawat sanak saudara. Mengapa? Supaya anak-anak kenal siapa saudara mereka. Maka tidak timbul isu anak bercinta dengan sepupu. Ya ! Memang dibenarkan kalau sepupu belah ibu tapi orang kata tak elok. *nak tau lebih lanjut sila google*

Okay. Dah penat taip. Hahaha. Bubbye !

Sekian,
Love,
YanaSyila.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 16 January 2013

Kerja Malam

Sekarang ni Syila sedikit sibuk namun, Syila masih mengambil order dan menjadi sponsor untuk giveaway dari rakan2 blogger. Usually syila sponsor gelang manik lar.

Kalau ada yang nak syila jadi sponsor untuk segmen or giveaway boleh email syila di syilaasomi@yahoo.com.. Then kalau dah ada pemenang tu sila update dengan syila di email. Ini kerana syila agak busy jadi kalau korang hantar email, email tu terus masuk ke BB syila. jadi senang untuk syila semak detail-detail dan prepare hadiah.

Sekian,
Love,
YanaSyila

Perbezaan Zaman Belajar dan Berkerjaya

Hii uolss ! Lama syila tak taip entry untuk bacaan kosong korang walaupun kadang-kala ada isu dan perkara yang cuba disampaikan. Hari ni free sikit, jadi syila nak ceritakan perbezaan masa syila belajar dan masa dah kerja ni. Takde beza? Mustahil ! Pasti ada bezanya. Tak percaya ? Jum syila ceritakan perbezaan life syila

Masa Belajar

  • Masa sentiasa ada untuk berhibur walaupun sibuk dengan segala tugasan
  • Kekangan wang walaupun punya lebihan masa.
  • Tak perlu fikirkan banyak perkara kecuali belajar. (bab gaduh dengan boifren tak dimasukkan. sekian)
  • Sentiasa ada rakan-rakan disisi untuk berborak bagai nak giler.
  • Handphone jadi satu keperluan untuk msg kawan-kawan tentang assignment mahupun msg boifren.
Masa Berkerjaya
  • Masa kurang kerana lebih life di pejabat (untuk yang kerja ofis hour mcm syila)
  • Lebihan wang namun kekangan masa. (syila admit ni. sekarang jarang ada masa untuk lepak-lepak dengan MSS)
  • Kena fikir banyak perkara. For example: nak kejar dateline kerja, nak kena pikir nak sambung belajar(kalau nak sambung) then nak fikir how to manage time and money dengan efficient.
  • Masa ni kawan-kawan ada, cuma kita akan lebih kenal masa sahabat dan mana kawan. Bagi syila kawan dan sahabat adalah dua entiti berbeza.
  • Handphone pulak usually akan digunakan pada waktu malam ataupun waktu rehat. Malam untuk contact family and boifren n sahabat also online. Rehat guna untuk online semata-mata.
See. Akan ada perbezaannya. Cuma kita sedar atau tidak je. For me, we have to adapt new life. Jadi bila mula berkerja ni kita kena sesuaikan diri untuk mengalami perubahan untuk diri kita. Usually kita hanya ada masa untuk lepak-lepak atau keluar dengan kawan dan boifren hanya pada hujung minggu.

Itu apa yang syila rasa setakat ini. Hahahahah. Kalau korang tak rasa tu tatau lar pulak. Okay lar nak chow dulu. Mahu sambung buat kerja. Adios. !

Sekian,
Love,
YanaSyila

Thursday 3 January 2013

Kalau Lelaki Ada Payudara

Hahahaha.. Tajuk entry memang agak tettttt sikit. Tapi ni semua gara-gara officemate syila. Dia yang bagi link ni kat syila. memang bantai gelak kami berdua kat office ni. Hahahha. Kalau korang tengok pun korang akan ketawa. hahaha. Jum tgk video ni.


Kalau lelaki ada breast :

  1. kurang kes raba di dunia sebab lelaki pun ada apa yang wanita ada. 
  2. boleh tolong bini susukan anak
  3. boleh sesama pergi hospital check up untuk prevent breast cancer. 
Tapi apa pun, bagi wanita sila jaga keselamatan dan kesihatan breast anda. Breast cancer ni tak mengira peringkat umur. Yang muda pun berisiko mengidap breast cancer bukan orang tua je. Jadi sentiasa periksa breast anda setelah 7 hari datang bulan. kalau ada benjolan dan rasa sakit di bahagian breast, sila lar pergi check dengan doktor okay.

Selain itu, penggunaan Premium Beautiful (PB) mampu membantu mencegah breast cancer. Berminat boleh hubungi syila

call: 019-3218761
email: syilaasomi@yahoo.com

Sekian,
Love,
YanaSyila


Wednesday 2 January 2013

Perempuan,Emosi dan PMS

Hi ! Di pagi yang hening ni, disebabkan syila tak boleh lelapkan mata maka syila update blog. Perempuan,emosi dan PMS. Bagi syila ni perkara common. Syila pun tak lari dari perkara ni. Mustahil kaum-kaum hawa yang lain tak rasa dan lalui. Usually bukan dibuat-buat sebab ini berkaitan hormon jadi mustahil lar dibuat-buat.

Perempuan ni bila di hampir atau sedang mengalami kitaran haid, selalunya emosi dorang ni agak sukar ditafsirkan. Ini adalah hasil dari luahan MSS. Dia kata perempuan ni kata nak datang bulan je mula lar perangai serupa apa je. Marah tak tentu pasal, kadang tu sensitive sangat.

Abah syila pun pernah kata, perempuan ni bila datang angin dia memang akan jadi camtu. Ini kerana tindak balas hormon. Malah bagi wanita yang lanjut umur tapi masih belum berkahwin juga mempunyai emosi yang sukar dikawal. Contohnya, cepat terasa atau sensitive.

MSS dan abah syila selalu pesan supaya kalau datang bulan, kena kawal emosi tu. Sebab takut nanti laki tinggal terutama bagi pasangan yang dah berkahwin. Yelar, mana ada lelaki yang suka kena marah-marah dengan perempuan especially dengan wife dia. Jatuh maruah dia sebagai suami nanti.

Tu je yang syila nak share. Lenguh jari taip guna BB ni. Nak kena tukar fon besar sikit kot. Hahahaha.

Sekian,
Love,
YanaSyila



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 1 January 2013

Jualan Awal Tahun Syila's Beads


Promosi year end dah tamat !??
Tapi jangan risau, skrg syila akan buat jualan awal tahun.
Jadi semua gelang custom made berharga RM 5 KECUALI yg double beads.
Double beads adalah RM 8.
Manakala untuk Keychain dan Gelang nama TIDAK termasuk dalam promosi ini..
Harga untuk keychain dan Gelang nama adalah seperti biasa.

http://diyanasilah.blogspot.com

http://www.facebook.com/diyanasilah

call/msg: 019-3218761
email: syilaasomi@yahoo.com

Tahun Baru Sebagai Gadis Berkerjaya

Alhamdulillah Syila masih bernyawa sebagai seorang anak, kakak, kekasih dan sahabat serta kawan. Terima kasih Ya Allah. Tahun baru kali ni berlainan dari tahun-tahun sebelum ini. Apa yang berbeza?. Tahun ni Syila sambut tahun baru dirumah sewa sebagai perantau yang mencari rezeki bagi menyara kehidupan. Malah, tahun sebelum ini Syila sambut sebagai pelajar namun tahun ni Syila sambut sebagai seorang yang bekerjaya.

Walaupun gaji Syila bukanlah tinggi tapi cukup untuk menampung perbelanjaan hidup di Kuala Lumpur ni. Memang berbeza feeling bila jadi stuent dengan jadi seorang yang bekerjaya. Tapi hidup harus diteruskan. Maka Syila melangkah terus untuk mahu.

Selain kerja makan gaji, Syila juga ada buat business kecil-kecilan bagi menambah pendapatan. Jadi kalau ada yang berminat nak kerja part time mahupun nak ubah taraf kehidupan boleh hubungi Syila. Selain itu Syila juga nak minta maaf pada blogger yang Syila jadi sponsor untuk giveaway dia tu kerana lambat reply. Bukan sengaja tapi ada perkara yang tak dapt dielakkan, maka lewat Syila balas.

Call/msg/whatsapp/line/viber: 019-3218761
email: syilaasomi@yahoo.com

Sekian,
Love,
YanaSyila