Friday 25 January 2013

Ibu Bapa Sentiasa Berkorban untuk Anak-anak.

Panjang pulak tajuk entry syila ni. Hihihi. Masa dalam perjalanan nak pergi office minggu lepad, office mate syila bukak sinar fm dalam kereta dia. Then dorang baca cadangan pembaca di facebook untuk topik yang perlu dikupas. Salah sorang pendengar mencadangkan tajuk yang panjang. Tajuknya ' Dimana ibu bapa setelah anak2 berkahwin dan membawa haluan sendiri' . Mula-mula dengar macam tak faham apa yang pendengar tersebut mahu sinar fm bincangkan. Tapi bagi pendapat syila berkaitan ibu bapa ni mungkin sama atau mungkin bercanggah dengan sesetengah orang.

Bagi syila setelah anak-anak kahwin sekalipun, ibu bapa tak boleh diabaikan. Jadi disitulah perlunya pemilihan calon untuk menjadi pasangan hidup itu penting. Kenapa syila kata macam tu, kalau korang pilih calon suami/isteri yang hanya terima diri korang tapi tolak keluarga koran kan dah jadi satu masalah. Walaupun dah berkahwin, tak salah jika anak perempuan nak beri wang kepada ibu bapanya namun bagi anak lelaki itu mejadi satu tanggungjawab mereka. Mengapa? Kerana tanggungjawab pertama anak lelaki adalah terhadap tibunya kemudian bapanya disusuli dengan anaknya kemudian barulah isterinya. Sebaliknya untuk anak perempuan pula tanggungjawab pertama adalah kepada suaminya, anak-anaknya kemudian baru ibu bapanya. See.. Betapa pentingnya pemilihan calon yang betul. Kalau salah pilih calon maka kesian ibu bapa kita.

Kemudian bab penjagaan anak. Anak-anak tu kita yang lahirkan tapi kenapa kita hantar pada ibu bapa kita untuk jaga anak-anak kita? Dari kita kecik ibu bapa jaga kita, takkan dah besar ni nak ibu bapa jaga anak-anak kita. Nanti bila anak-anak lebih sayangkan nenek dan datuk mereka lebih dari ibu bapa sendiri korang jugak yang sentap. Ibu bapa nak main dengan cucu? Boleh je sebenarnya. Bawa anak kita melawat nenek dan datuk mereka supaya mereka kenal siapa datuk dan nenek. Malah rajin-rajinkan juga melawat sanak saudara. Mengapa? Supaya anak-anak kenal siapa saudara mereka. Maka tidak timbul isu anak bercinta dengan sepupu. Ya ! Memang dibenarkan kalau sepupu belah ibu tapi orang kata tak elok. *nak tau lebih lanjut sila google*

Okay. Dah penat taip. Hahaha. Bubbye !

Sekian,
Love,
YanaSyila.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: