Tuesday 12 March 2013

Pengalaman Interview di Maybank

Hari Jumaat lepas masa dalam perjalanan nak ke office syila dapat satu panggilan dari Maybank. Katanya syila dikehendaki datang untuk proses temuduga. Syila pada mulanya macam tak percaya lar. Dah lama sangat syila hantar resume tu. Jadi bila Maybank dah panggil interview takkan nak lepaskan peluangg. Syila pun bila sampai office je terus telefon mak bagitau yang syila dapat interview untuk kerja dia Maybank. Interview tu hari Isnin. Jadi syila masih ada sedikit waktu untuk study pasal Maybank sebagai persedian menghadapi temuduga. Alhmdulillah sebab syila ada pkcik yang kerja di Shah Alam. Petang sabtu, lepas je habis kerja syila balik rumah pakcik syila tu. Syila cuba dapatkan tips berguna dari pakcik syila memandangkan dia seorang yang telah berjaya dalam hidup dia. Alhamdulillah sebab semua tips pakcik syila sangat berguna dan dapat dimanfaatkan. Nanti syila share dengan korang petua pergi intervire keyh. 

Malam Ahad tu, syila sangat susah nak tidur memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari interview tersebut. Akhirnya pkul 1 pagi baru syila dapat lelapkan mata. Hari Isnin tu syila siap awal. Praktis apa yang patut buat kali terakhir. Then bila sampai je dekat Maybank tu hati ni rasa gementar dan gelisah je. Bila dia panggil suruh isi borang interview syila lagi rasa gementar. Dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 11.30 pagi syila tunggu untuk ditemuduga. Jadi masa tu perasaan gementar tu dah hilang sebab kita dah tunggu terlalu lama dan dah dapat sesuaikan diri dengan keadaan.
Bila dia panggil nama je untuk masuk ke bilik temuduga syila dah rileks dah. Tak terlalu gementar. Dan syila rasa whole proses interview tu sekejap je walaupun hakikat sebenarnya syila berada dalam bilik interview tu almost 30 minutes. Mungkin disebabkan perasaan gementar tu dah hilang dan boleh jawab soalan yang ditanya menyebabkan syila rasa semuanya berlalu begitu pantas. 

Bagi syila pengalaman interview dengan pihak Maybank adalah terbaik dan syila enjoy hadapi interview.

Itu jelar yang syila dapat kongsikan dengan korang.

Sekian,
Love, 
yanasyila