Friday 30 November 2012

Syila's Beads | GiveAway from Syila's Beads

Insyaallah Syila akan buat satu giveaway. Selalunya giveaway di blogkan? Tapi Syila akan buat di Blog dan FB. Pemenang akan terima gelang tangan/rantai/keychain (salah satu) dari Syila's Beads. Stay tune okay.. :) Stay support Syila okay.. 

Syila's Beads | Restock Beads = New Produk



Hi semua ! Hari ni Syila berkesempatan lagi untuk update blog. Jadi Syila nak share about new beads. Yang Syila sharekan ni adalah custom made gelang nama yang direquest oleh customer. Yang key chain tu request by MSS. Dia buat ayat sentap. Katanya customer semua dah dapat manik-manik dari Syila dia tak dapat pun. Jadi kita buatkan satu keychain manik nama untuk dia. Hope both of them suka dengan gelang manik nama ni..


Ni gelang nama request by customer.


Ni pulak keychain nama yg di request oleh MSS
Gelang manik nama ni untuk satu huruf Syila letak RM 1.80, kalau kat luar selalunya RM 2.00. Then plus cost untuk hiasan usually not more than RM 8.90 depends on hiasan manik yang digunakan. Syila akan anta gambar untuk korang review dulu sekali dgn harga, kalau korang suka baru Syila teruskan. If not Syila akan buat ikut yang korang request.

Wednesday 28 November 2012

GLAM Dinner | UT20 Hai-O

Hi ! Petang ni nak suntik semangat lagi untuk anda semua dan juga diri sendiri. Bagaimana? Dengam melihat gambar-gambar di GLAM Dinner last Saturday. GLAM Dinner ni adalah private. Yehaaa.. Seronok tengok mereka di UT20 ni. Masin-masing pakai baju yang meriah. Merah makngah je masing-masing. Hahahaha. Jum tengok gambar dulu.

Yg tengah tu Kak Ija dan yg kanan itu sepupu syila,yong
Kak Sha Khalid and Kak Ija with their husband

Yg baju kelabu tu lar Kak Hanis Haizi. Sangat adore dia. Suri rumah yang berjaya

Menyelerakan..

Kak Ija dan Kak Hanis Haizi. Both of them Suri rumah

Cantik !

Again Kak Hanis Haizi with all the partners

Siapa kata lelaki tak boleh jual PB ni. Mereka adalah buktinya.
'

Lelaki ini adalah Husband Kak Hanis Haizi bersama business partners

MY SIFU ! Kak Ija and Yong

See.. Siapa kata jual premium beautiful ni tak laku. Semuanya terletak apda kita. Kita dapat apa yang kita usahakan. Jadi sesiapa yang ingin membuat part time business atau pun full time boleh contact Syila. Syila akan terang serba sedikit pada korang tentang business ni. Dengan business ni kita lebih rapat dengan partners-partners. Then ada holiday. Bulan March Tahun 2013, mereka-mereka yang layak ni akan terbang ke Eropah. Sangat Jeles. Harap satu hari nanti, Syila pun dapat ikut jejak langkah mereka.

Berminat? Boleh terus hubungi Syila. Jangan bertangguh. Jika bertangguh segalnya akan tertangguh juga. Jadi marilah segera merubah kehidupan kita. Jangan biarkan kita terus di takuk lama.

email: syilaasomi@yahoo.com
call/msg/line/whatsapp: 019-3218761

Motivasi Diri | Kejayaan

Jangan takut utk JATUH,kerana tak pernah JATUH tidak akan merasa kesakitan.Jangan takut utk GAGAL,kerana orang yg tak pernah GAGAL itu adalah orang yg tak pernah mencuba! Jangan takut utk SALAH, kerana kesalahan pertama kita dapat mencari kebenaran pada langkah kedua & seterusnya... - kak ramizah rahman.

http://diyanasilah.blogspot.com/

Wordless Wednesday | Auditor at office


Tuesday 27 November 2012

Produk | Syila's Beads

Hi ! Syila tak sure Syila ada share atau tidak dalam blog ni mengenai Syila nak buat business berkaitan manik ni. Tetapi Syila takkan lupakan PB. PB tetap akan berjalan seperti biasa. Kalau ada yang nak BB plus atau Garam buluh boleh contact Syila macam biasa ye.Kalau nak custom made pun boleh juga. Lepas ni mungkin akan buat rantai juga dan key chain.

Kalau berminat dengan gelang manik di bawah boleh lar msg kat fb, msg ataupun email. Kalau nak custom made pun boleh juga tapi take time sikit sebab hujung minggu baru Syila akan restock manik.

email: syilaasomi@yahoo.com
call/msg/line/whatsapp: 019-3218761
bbm: serius customer yg dah contact kt 019-3218761 boleh request bb pin.

SB 01 - RM 9.90

SB 02 - RM 8.90

SB 03 - RM 8.90

SB 04 - RM 8.90

SB 05 - RM 8.90

SB 06 - RM 8.90

SB 07 - RM 7.90

SB 08 - RM 8.90

SB 09 - RM 8.90

SB 10 - RM 8.90

SB 11 - RM 8.90

SB 12 - RM 8.90

SB 13 - RM 8.90

SB 14 - RM 8.90

SB 15 - RM 6.90

Kediaman CDM Siti Rohana?

Kalau kat twitter semalam kecoh pasal Baby Diana yang mengaku diri dia dah takde dara. Heboh dekat twitter tu. Dan kaum lelaki bernama haziq mula tak sedap duduk kerana peragut dara Baby Diana tu namanya Haziq. Tapi jangan disebabkan satu Haziq, semua Haziq dipersalahkan. hihihih..

Back to story, tadi Syila bukak Nuffnang untuk check UV apa semua tu. Syila tengok sekali keywords. Pasal apa? Bukan trending Baby Diana mahupun Haziq Bana tersebut. Tetapi ada yang search kediaman CDM Siti Rohana. See, ramai yang nak tau pasal CDM Siti Rohana. Siapa CDM Siti Rohana? Beliau adalah usahawan ataupun jutawan yang telah berjaya dengan menjual Premium Beautiful (PB). Beliau adalah dari stokis B32 yang terletak di area Batu Caves.

CDM Siti Rohana ni satu nama yang besar dalam perniagaan PB ni. Begitu juga dengan Hanis Haizi serta Sha Khalid. Syila amat kagum dengan mereka. Muda lagi tapi income hampir 6 angka. Kalau boleh Syila pun nak jadi macam dorang satu hari nanti. Sekarang ni Syila dibawah bimbingan sepupu Syila yang juga seorang usahawan PB. Syila perlu banyak belajar dari sepupu Syila. Siapa seoupu Syila? Sepupu Syila adalah yong atau pun nama penuh dia Nurul Ain Zulkarnain. Syila turut kagum dengan pencapaian sepupu Syila ni.

Kenapa Syila kagum dengan sepupu syila ni? Bulan 3 tahun depan Yong ni akan ke Paris. Yes. Hasil daripada jualan PB. Siapa kata PB ni tak laku. PB ni sangat laku. Jadi kalau ada yang berminat nak tambah side income dan cuba PB ni boleh lar contact Syila.

email: syilaasomi@yahoo.com
call/msg/line/whatsapp: 019-3218761

Sekian,
Love,
YanaSyila

Monday 26 November 2012

Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe


Giveaway oleh cik pemilik pink orange shoppe. boleh like fanpage dia. Syila dah letak link kat pink orange tu. 

syarat giveaway ni mudah je..

  1. follow blog pink orange shoppe
  2. like fanpage pink orange shoppe
  3. buat entri bertajuk Simple Giveaway - Pink Orange Shoppe.
  4. Letakkan banner macam syila letak tu. then linkkan pada entry http://diaryon9ika.blogspot.com/2012/11/simple-giveaway-pink-orange-shoppe.html
  5. dan tag 3 org. dan pastikan dorang tau. :)
nak tag : MSS, Syita, Kak Rai.

Last 26.12.2012





Produk | Garam Buluh Premier Drink Hai O





Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.

Apakah bezanya Hai-O Garam Buluh dengan garam biasa?
Hai-O Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai sumber. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Garam buluh telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.

Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?
Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Hai-O Garam Buluh mempunyai bau yang tidak menyenangkan, apakah bau itu? Adakah ia membahayakan badan manusia?
Bau garam buluh adalah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Ia tidak membahayakan badan manusia.

Bolehkah garam makan seharian diganti dengan Hai-O Garam Buluh?
Boleh, Hai-O Garam Buluh kaya dengan bahan mineral dan elemen surih, dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.




RAMUAN UTAMA
Garam Buluh

KEBERKESANAN

  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

CARA PENGAMBILAN
Bancuhkan sebungkus Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink dengan 200ml air suam atau jus buah-buahan. Kacau dengan rata dan hidangkan.


Berminat untul order? bole contact Syila terus ye

Email: syilaasomi@yahoo.com
Phone/Whatsapp/Line : 019-3218761


Friday 23 November 2012

Keputusan Akhir Dengan Inovasi Yo Malaysia



My adik dan kawan2 dia on Newspaper. Congratulation


Tahniah Syila ucapkan pada adik Syila dan rakan-rakan dia kerana berjaya menjadi juara bagi program yang mereka sertai. Program DIY yang disiarkan di TV3 setiap Jumaat pukul 6.30 petang.

Kepada yang mendaftar sebagai sukarelawan dulu tu, Syila ucapkan terima kasih sebab korang sudi tolong adik Syila dan kawan-kawan dia ni. Apa yang korang buat tu amatlah dihargai. Tak tau macam mana nak balas jasa korang tu. 



Gambar sepanjang Final Concert Dengan Inovasi Yo Malaysia. Anti Buli Style menjadi juara musim pertama DIY Malaysia. Kenapa Anti Buli Style? Sebab dorang buat video buli dengan menggunakan lagu Oppa Gangnam Style namun ditukar lirik, maka terhasillar Anti Buli Style. Tak pernah tengok? Takpe diakhir entry ni Syila letakkan video untuk tatapan korang keyh.



with Ila Damia and Altimet

adik sy yang muka ketat tu.. hihihih.. yg sebelah budak ada DSLR




Ketika diumumkan sebagai juara. Tahniah Again !



DIY | Dengan Inovasi Yo Malaysia.






Hi semua ! Ingat lagi tak post pasal Dengan Inovasi Yo yang disertai oleh adik Syila tu. Petang ni (Jumaat 23/11/2012) pada pukul 6.30 petang di TV3 akan disiarkan keputusannya. Jadi marilah kita saksikan Negeri mana yang menjadi juara Dengan Inovasi Yo Malaysia ni.

Wakil Raja Perempuan Ipoh,Perak
Daripada gambar ni mungkin korang dah boleh teka siapa juara kan? Tapi Syila nak korang saksikan sendiri. Memang terbaik !

Sekian,
Love,
Yana Syila

Wednesday 21 November 2012

Roomate Baru

Syila dah lama tak update entry kan? Hari ni Syila share sikit pasal life Syila. Syila kan boleh dikatakan lama jugak lar bersendirian dalam bilik kat rumah sewa tu. Yelar dulu roomate tu operation, dia cuti almost 1 month. Then dia banyak kerja luar je. Syila macam bosan sebab sorang je dalam bilik. Early November ni, dia keluar dari rumah. jadi lagi lar Syila sorang-sorang. Housemate pun mulakan operasi cari roomate untuk Syila. Thanks to them sebab carikan roomate. Roomate Syila ni dah kerja. Dia masuk hari Isnin malam.

Nama roomate baru Syila ni Nurul. Dia umur 22 tahun. Beza setahun je dengan Syila. So boleh sembang banyak perkara. Dia kerja dekat grafic design. Yang paling penting dia orang Sabah bah. Kalau sembang dengan dia, sometimes macam terikut cara dia cakap tu. Tapi seronok lar sembang dengan dia. Semalam (selasa), sembang dengan dia dari pukul 9 sampai hampir ke jam 12 malam.


Monday 19 November 2012

Hari yang sibuk

Hari ni hari Isnin. Selalunya tak terlalu sibuk. Namun berbeza dengan hari ini, tersangat lar sibuk. Jadi apa-apa Syila akan update kemudian ya. Maaf sebab lama tak update entry pasal produk ya. Siap kerja dan segalanya okay, Syila akan post entry baru okay.

Sekian,
Love,YanaSyila

Friday 2 November 2012

New Product | BB PLUS Collagen



Again ! Hi semua !. Macam Syila katakan Syila akan lebih update produk. Sekarang ni nak update pasal BB plus. Apa itu BB Plus ? Guna untuk apa BB Plus ni ? Apa kelebihan dia? Apa ramuan BB Plus ni? Okay. Itu yang Syila akan terangkan pada anda-anda semua hari ni. 




Apa itu BB Plus Collagen?

BB Plus Collagen diperbuat daripada collagen ikan bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 





Guna untuk apa?

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari


Cara mengambil BB Plus.


Campurkan 1 paket BB Plus Collagen dalam 150mlm air bersuhu bilik. Elakkan guna air panas. Paling baik jika diambil sebelum makan ataupun sebelum tidur.

Untuk tempahan boleh hubungi Syila.
Sms/Whatsapp : 019-3218761
Email: syilaasomi@yahoo.com

Sekian,
Love,YanaSyila

Its not a personal blog

Hi semua ! Sorry lama tak update. Syila nak jelaskan bahawa ini bukan personal blog. Jadi cerita tentang daily life Syila takkan diceritakan disini. Segala gambar tok nenek bagai memang kurang terutama gambar Syila. Makanya, tak perlu lah request Syila letak gambar Syila banyak-banyak ye. Kalau pasal product yang Syila jual Syila akan tepek banyak-banyak sampai korang bosan nak tengok. Hihihihi

Sekian,
Love, YanaSyila