Sunday 17 November 2013

Maybank Bowling Tournament @One Utama

Hi semua ! Ini adalah entry basi dari Syila tp Syila still nak share jugak. Its about Maybank Bowling Tournament yang berlangsung di One Utama pada 9hb October 2013. Yelar. Kan Syila dah cakap ni entry basi. Sebenarnya dah taip kat phone ni tapi tah kenapa tak boleh nak sambung write jadi kena write semula. Ape dia pikir idea aku ni sama setiap masa ke apa. Sabar jelar.
Jadi back to story. As usual car pool with team to Ou. Maklum lar sana nak parking susah. Kalau semja bawak kereta alamatnya masing-masing pkkir nak parking OU atau OU 2. Hahahahahaha. So finally masa kami arrived tu dah pukul 1 lebih. Pendaftaran pukul 2. Dan sebab utama Syila malas pegi OU adalah selalu sesat dalam tu. Nak cari bowling pun kemain tawaf dulu satu OU tingkat 4 tu. Rupanya kami yang tak lalu kat tempat masuk bowling tu. Masa tu memang rasa nak maki diri sendiri. Hahahahaha. OU ni rasanya baru 3 kali Syila pegi dalam masa 4 tahun Syila kat KL ni. Bukan apa nak pegi tu dah lar jauh pastu parking pulak susah nak dapat especially weekend.
Lets start with the event.! Pukul 2 pendaftaran then ada balingan perasmian dulu oleh orang kuat Maybank Zone Kajang. Yes before terlupa ni adalah  Bowling Tournament Zone Kajang.
Untuk branch Syila weols hantar 2 team, sebab just main for leisure and enjoy with members. Dari sini kenal ramai warga2 Maybank Kajang zone ni. Mujur team kami main untuk 1st block. Kalau 2nd block mau sampai malam kami kat OU tu. 1st block start main pukul 2.30 petang camtu then habis dalam pkul 4 lebih. Kami main intuk 3 set game, 1st game okay lar main markah pun tinggi tapi bila dah masuk 2nd game tu tatau camne kaki Syila bole injurt. Sakit sangat mungkin atas faktor lama tak bersenam and tak buat any warm up before mula main. It was a worse scenario. Game deop untuk 2nd set and 3rd set tu memang point ke laut. Kaki tak boleh bend so nak baling that ball pun susah. Kalau baling pun kompom lari kekiri or kekanan. Masa tu memang dah frust dah give up semua ada, tapi mujur teamates okay. So just trying my best tapi still tak boleh.
Around pukul 4.30++ petang tu weols habis game. Then sementara nak tunggu untuk 2nd block punya game then penyampaian hadiah kami pun plan pergi usha movie. Decide phnya decide finally kami pilih tengok cerita thor. Ikutkan nak tengok Highland Tower tapi disebabkan jadual movie tu tak mengizinkan maka kami tengok Thor 3D. Kami berlima memang enjoy our day. Walaupun dalam  berlima tu Syila cuma kenal 2 orang je tapi kami still had a good day with each other.
Masa acara penyampaian hadiah tu Syila tak sangka Syila terpanggil untuk hadiah misteri tapi malangnya Syila dah balik awal sebab nak pegi jumpa adik Syila xkat Taman Desa. Malas nak tunggu sebab selalunya tak pernah bertuah pun. Bila tak tunggu ni pulak jadi bertuah. Hahahaha. Nak buat macam mana mungkin bukan rezeki Syila kan. Macam mana pun overall memang best Bowling Tournament and hangout that day.

Tuesday 24 September 2013

CSR Day Maybank for Kajang Zone

Hi semua! Semalam sampai rumah dah pkul 12 mlm. Sangat penat balik kerja lambat. Hari Sabtu lak ada csr day kat maybank bandar sg long. CsR day ni macam pekerja Maybank do charity. For this year  kami cuci kereta. Jual kupon kepada customer, Duit yang dikumpul tu akan disumbangkan pada sekolah agama di Bangi dan juga tolong warga gelandangan meneruskan hidup yang lebih sempurna.
Pagi sabtu kemain eksited bangun awal, kalau g kerja harapan nak bangun awal. Siap pagi tu terus gerak pegi Maybank Sg Long. Hari yang bagi syila bagus untuk mengeratkan hubungan antara pekerja maybank dan juga memberi kesedaran pada kita untuk membuat charity. This charity maybank kumpul dana untuk disumbangan pada golobgan yang tak berkemampuan.
After sarapan , short briefing and nyanyi lagu maybank kami pun mulakan tugas masing-masing. Pekerja maybank akan bergilir mencuci kereta customer yang hadir. Mulanya kami ingat pagi takde orang yang datang rupanya full house. Dari pagi sampai tutup still ada customer yang datang. Thank you pada customer yang menyokong. Actually kami cuma lap kereta je. Pekerja car wash tu yang basuh.
Kami close CSR Day tu pukul 12.30 tengahari. Lewat 30 minit dari perancangan. Semua kerana customer yang datang menyokong. Terima kasih sekali lagi. Walaupun tak memenatkan tapi kami still try to enjoy ourself tambah pulak bila jumpa kawan-kawan dari branch lama. Bila kira penah transfer ke banyak branch kita akan mwmpunyai lebih kawan. Malah dari blog pun kita dapat tambah kawan. Memang best sangat.
Moga pihak maybank akan terus mengadakan CSR Day pada tahun akan datang seperti yang telah diadakan pada tahun-tahun sebelum jni.

Friday 30 August 2013

Tips & Soalan Temuduga Maybank

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Harini ni Syila nak share sikit tentang temuduga. Usually candidates ramai yang tak prepare before pergi temuduga. Please bear in mind one thing "first perception of others to us is important." . Serius cerita okay, perjumpaan pertama memang penting. Jadi jangan ambil mudah. Since Syila sekarang kerja dengan Maybank, Syila cuba bantu korang untuk prepare tentang soalan-soalan ketika temuduga. Actually bukan soalan bocor pun. It just a basics thing yg most of us lupa dan tak kisah padahal inilah benda paling asas.

Syila mula dipanggil untuk temuduga dengan maybank akhir bulan March 2013. Masa tu Syila tak terpikir yang Maybank akan call sebab Syila hantar resume tu dah lama. Jadi terus call mak bagitahu and also my Achik. Achik Syila lar yang banyak membantu. Selain pendapat mak abah, Syila jugak selalu mintak pendapat dari Achik Syila ni. Achik Syila ni memang Idol Syila. Dia mula dari bawah dan akhirnya sekarang dia berjaya.

Jadi Basic Steps during Interview. *mana-mana interview pun sama je*
  1. Bagi salam. Please behave. Jangan duduk selagi belum suruh duduk. Nampak mudah tapi benda ni jugak penting. 
  2. They will start ask about basic thing. Contohnya, macam mana tau Maybank nak pakai pekerja atau dia akan tanya bila hantar resume.
  3. The killer part start here. Ini memang soalan mudah tetapi ini jugak lar soalan maut. "INTRODUCE YOURSELF/ CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA". See nampak mudah tapi killernya bila korang teragak-agak atau gagap. Syila practice 2 hari just untuk this part. Achik Syila kata kalau kita pergi mana-mana interview pun memang dorang akan tanya soalan ni. Bukan nak tau sangat pasal diri kita tapi dorang nak tengok sama ada kita boleh bercakap atau tak. Bercakap memang semua orang boleh, tapi bercakap dengan kehendak pihak interviewer tu yang dinilai. Bercerita tentang diri anda at least 5 minit. Sebaiknya gunakan English than Malay. Macam Syila sebelum mula introduce diri Syila tanya interviewer tu nak terangkan in English or Malay?. Then they said they prefer if I can tell them in English. Syila siap buat ayat masa practice 2 hari tu. Masa hari interview kertas tu tertinggal. Jadi bila korang dah prepare so korang takkan terlalu gagap. Just make it natural. Tak perlu hafal setiap baris yang korang tulis tu. Lagipun takkan korang tatau pasal diri korang kan. 
  4. See killer tak soalan INTRODUCE YOURSELF tu kemain panjang kan. Then korang kena tau at least sikit tentang background Company yang korang nak pergi interview tu. Kenapa Syila cakap camtu? Sebab masa Syila interview kat Maybank tu pun interviewer tu tanya "TERANGKAN SIKIT APA YANG AWAK TAHU TENTANG MAYBANK". Just cerita siapa yang mulakan, siapa ceo. Syila practice sampai interviewer tu tanya Syila kat belakang dorang ada tampal pasal Maybank ke sebab Syila cerita terlampau detail dan jelas. Last dorang cakap u search kat google kan? IMPORTANT : Jangan Menipu. Syila mengaku. Syila kata "Mestilar saya search kat google. Masa maybank ni tertubuh saya tak lahir lagi Encik."
  5. So next, Pastikan datang awal. Kenapa? Bukan nak tunjuk yang korang tu bagus sebab datang awal. Tapi bila korang datang awal korang akan more relax. Syila sepatutnya interview pukul 10.30 pagi tapi Syila datang pkul 9.30 pg. Awal sejam. Syila mula-mula sampai tu, rasa perut ni macam tertinggal. Syila masuk dalam bilik interviewer pukul 11.30. Almost 2 jam Syila tunggu tapi Syila puas hati sebab Syila tak cuak dah masa tu. Bila kita datang awal at least kita more prepare daripada kita datang beberapa minit sebelum interview tapi kita gelabah. 
  6. Cuba selesakan diri dengan interviewer. Jangan nampak biadap dan jangan nampak terlalu kaku. 
  7. Bila dah habis interview tu, sebelum keluar tu tanya apa-apa soalan yang cerdik. Sebagai contoh, Berapa lama ye masa ambil untuk dapat tahu saya diterima atau tidak?. They will let you know. Kalau korang tak tanya macam korang tak minat pun ada jugak. Then bila nak keluar tu ucapkan TERIMA KASIH. IMPORTANCE : SENYUM ! Yes Senyum tu jugak penting. Kalau masuk interview muka masam je, orang tengok pun tak happy. Macam Syila cakap make it natural. Macam Syila memang jenis suka senyum so memang Syila tak plastic masa senyum tu. 
Masa pergi interview tu pakai lar baju yang bersesuaian. Kalau boleh yang selesa korang pakai dan selesa orang tengok. Means kalau orang tengok pun orang tak rasa terseksa. Masa Syila pergi interview tu Syila pakai baju mak Syila. Baju kurung moden yg simple dengan tudung bawak. They not look 100% look at you physical they look for your personality. Bab personality ni nanti Syila terangkan lagi keyh. Then kalau boleh bawa pen sendiri. Takde lar kelam kabut nak pinjam pen orang sana sini nanti. Kalau korang takut masa nk interview tu korang pegang penutup pen. Jangan ketara sangat korang takut. Sebelum pergi interview pastikan dan makan sikit tapi jangan sampai sambal terselit celah gigi. 

Rasa nya tu saja lah yang Syila dapat kongsikan dengan korang. Kalau ada kerisauan lagi ke boleh je email Syila at syilaasomi@yahoo.com. Insyaallah Syila akan share sikit lagi pengalaman dan mana tau dapat tambah keyakinan korang. So Syila ucapkan GOOD LUCK pada yang bakal menghadapai temuduga di Maybank. Kalau dapat kerja dengan Maybank kerja sungguh-sungguh. Chaiiyok ! Fighting !

Love,
YanaSyila

Sunday 25 August 2013

My Kpop Favourite Song

Hi semua. Hari ni macam nak share one of my favourite kpop song for now. Banyak nau favourite tu yang jadi favourite for now. Hahahaha. Tajuk lagu tu In Heaven by JYJ. Ada Blank Ji. Hahahaha. Kalau siapa tengok running man tau lar. Hahahaha. Korang pun mesti nak tengok kan lagu apa jadi syila attach sekali kat sini. 

Lagu ni tentang this man selalu busy dengan kerja sampai tak hirau sangat tentang GF dia.After GF dia mati eksiden one day dia pegi kedai jumpa budak kecil tu. Budak kecik tu macam angel lar kiranya. Esok tu bila laki ni bangun dia dah balik ke masa lepas. So dia sangat hargai GF dia. Masa dia shopping barang tu dia sekali lagi jumpa budak tu. Budak tu pesan hargai lar masa ni sebab takdir takkan berubah. Jadi masa hari GF dia eksiden dia lari dapatkan GF dia. Then dorang pun mati bersama. 



Saturday 24 August 2013

Kesihatan kurang memberansangkan

Hi semua ! Lama tak update entry since hand phone rosak , then keje pun balik lambat. But now better since dh boleh update from phone. Kesihatan sekarang pun kurang skit. Almost 2 weeks batuk teruk. Demam pun on off. Ubat batuk KKM je taip kali makan mesti mengantuk.

Saturday 27 July 2013

Last Friday Night | GLAM Class

Friday or Jumaat merupakan penghulu segala hari. Malah hari Jumaat juga GLAM adakan kelas. Kelas apa? Kelas imu untuk menambah ilmu dalam bidang business. Ramai yang tanya Syila tak susah ke nak buat? Jual apa je? Ada ke orang nak beli? tak kurang juga ada yang cuba menjatuhkan Syila. Tapi Alhamdulillah dengan bimbingan dari Leader-leader Syila masih kekal dalam business ni.

Syila memang berterima kasih sangat pada Yong iaitu cousin syila dan juga makcik yong iaitu Kak Ija sebab buka peluang ni pada syila. Tanpa dorang ni mungkin Syila masih di takuk lama. Hanya berharap pada gaji setiap bulan. Namun bila buat business ni ada juga pendapatan sampingan. Syila tak perlu menghadap komputer 24 jam. cukup sekadar 2 jam sehari yang di penuhi dengan pelbagai perkara yang melibatkan business.

Mustahil kita mampu berjaya tanpa sokongan dan bimbingan dari sesiapa. Contohnya kita pandai membaca sekarang pun hasil dorongan dan bimbingan dari cikgu kita dahulu. Semalam masa Syila pergi kelas niat Syila cuma satu, Syila perlu absorb apa yang diberitahu oleh leader-leader yang dah berjaya. take their spirit. Bila Syila tengok Founder GLAM iaitu Kak Hanis Haizi dalam hati Syila berkata "I must be like her!". Kenapa Syila nak jadi macam Hanis Haizi?. Sebab pada umur yang masih muda Kak Hanis dah mencapai income 6 angka sebulan. Seronok tengok dai besarkan anak-anak sendiri sambil buat business. 

Okay now lets talk about last Friday night punya class. As usual kelas akan mula pukul 9.30 malam. Kami datang awal, berbuka bersama di GLAM malah solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Kak Hanis juga pesan jangan sombong dengan ALLAH. Thats the main point. Memang leader terbaik bak kata boboiboy. Then class bermula dengan perkara basic on how untuk kita mulakan. Dari situ Syila belajar sesuatu. Kalau sekadar buat business tapi tanda guidance yang betul segalanya pasti susah. Alhamdulillah apa yang Syila belajar semalam Syila cuba praktis kan. Semalam emcee majlis kak Ida Idris. Speaker pulak DDM Yong dan DDM Kak Ain. Kak Ain ni dulu Engineer. Nampak tak kat situ, Engineer pun buat business untuk capai matlamat hidup mereka.

Last talk by CDM Razali. Siapa kata lelaki tak buat business ni. CDM Razali ni merupakan husband CDM Hanis. Apa yang CDM Raz sampaikan semalam memang banyak buka fikiran Syila. Bila kita nak buat sesuatu pastikan kita ikut leader yang betul dan momentum perlu dikekalkan. 

Last but not least Syila nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada Yong dan Kak Ija serta semua kerana bantu Syila.

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanut tentang business ni boleh email syila di syilaasomi@yahoo.com atau pm syila 010-3755608. Buat sementara waktu ni Syila still guna wechat, whatsapp, line dan viber. kakao talk takde. :) See you guys later in next entry. 

Friday 3 May 2013

Business Part time or Full time

Hi ! Syila nak kongsikan beberapa perkara dengan uols. Berminat nak tau lebih boleh pm syila di 017-5936860 atau email syilaasomi@yahoo.com. Jangan malu atau segan. Kalau malu kita takkan berjaya mengubah kehidupan kita. Jangan kata kita tak tahu berbusiness. Kalau tak tahu kami di GLAM akan tunjukkan anda caranya. Kita berbisnes bukan dengan boss tapi dengan leader yang sangat membantu dan memberi sokongan. Segalanya di tangan anda. Mulakan langkah awal anda untuk keselesaan di masa akan datang. Modal fleksible serendah RM 50 sahaja. Tawaran terhad ye kawan-kawan. Mari pm cecepat.

Monday 22 April 2013

Percubaan Pertama Menggunakan Blogger for Androidr

Today tatau nak share apa sebenarnya. Just nak cuba pakai blogger for android ni. Nak tengok bagus dan mesra pengguna atau tidak. Hari ni agak penat sebab sehari suntuk berada di IOI Mall, Puchong tapi tak dapat nak share dengan korang location sebab tak on internet. Huhuhu. Tapi alhamdulillah so far syila rasa okay dengan tempat kerja baru and rumah sewa baru.

Saturday 20 April 2013

WHAT IS AKWATEK AND AKWADYNE

Premium Beautiful diperbuat dari sejenis fabric/kain yang berkualiti dan dijamin tahan bertahun-tahun lamanya iaitu dari fabric yang dikenali sebagai Akwatek dan Akwadyne.

Secara umumnya, fabric yang menggunakan Akwatek dan Akwadyne teknologi ini memberi keselesaan sekiranya kita berada di dalam kawasan yang panas ataupun sejuk.  Terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki dengan memakai korset Premium Beautiful.  Antarnya adalah:-

1. Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan seperti air, bau dan wap
2. Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca
3. Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas
4. Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk
5. Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan
Kelebihan kualiti fabrik Premium Beautiful:- 
Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisma. Bila proses metabolisma cepat, maka cepat la lelemak di badan tu hilang. Peredaran darah yang baik juga membantu banyak system dalam badan untuk berfungsi dengan baik. 
 
Happy Wearing Premium Beautiful ^__^

For more info,
~ 017-5936860
Email: syilaasomi@yahoo.com