Wednesday 2 January 2013

Perempuan,Emosi dan PMS

Hi ! Di pagi yang hening ni, disebabkan syila tak boleh lelapkan mata maka syila update blog. Perempuan,emosi dan PMS. Bagi syila ni perkara common. Syila pun tak lari dari perkara ni. Mustahil kaum-kaum hawa yang lain tak rasa dan lalui. Usually bukan dibuat-buat sebab ini berkaitan hormon jadi mustahil lar dibuat-buat.

Perempuan ni bila di hampir atau sedang mengalami kitaran haid, selalunya emosi dorang ni agak sukar ditafsirkan. Ini adalah hasil dari luahan MSS. Dia kata perempuan ni kata nak datang bulan je mula lar perangai serupa apa je. Marah tak tentu pasal, kadang tu sensitive sangat.

Abah syila pun pernah kata, perempuan ni bila datang angin dia memang akan jadi camtu. Ini kerana tindak balas hormon. Malah bagi wanita yang lanjut umur tapi masih belum berkahwin juga mempunyai emosi yang sukar dikawal. Contohnya, cepat terasa atau sensitive.

MSS dan abah syila selalu pesan supaya kalau datang bulan, kena kawal emosi tu. Sebab takut nanti laki tinggal terutama bagi pasangan yang dah berkahwin. Yelar, mana ada lelaki yang suka kena marah-marah dengan perempuan especially dengan wife dia. Jatuh maruah dia sebagai suami nanti.

Tu je yang syila nak share. Lenguh jari taip guna BB ni. Nak kena tukar fon besar sikit kot. Hahahaha.

Sekian,
Love,
YanaSyila



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: