Saturday 20 October 2012

Piala Malaysia | Kelantan VS ATM

Hari ni Sabtu. Makanya hari ni adalah hari penentuan sama ada Kelantan ataupun ATM yang akan menjulang Piala Malaysia 2012. Syila memang seorang perempuan yang minat tengok match bola. Selain tengok pemain, Syila memang minat tengok skill yang dilakukan. Tak kisah pasukan mana sekalipun. Bagi Syila permainan menarik dengan adanya skill-skill dari pemain.

Berbalik pada match malam ni, Syila tak kisah siapa yang akan menang. Tapi kalau menang biarlah menang dengan bermaruah. Maksud Syila disini ialah, biar menang sebab mereka layak. Bukannya menang sebab dibayar mahupun pengadil berat sebelah. Syila tak suka tengok permainan yang begitu. Bagi Syila kalau menang sebab dibayar atau pengadil berat sebelah tu sama macam tak layak. Takde apa yang nak di banggakan. Ini pada pendapat Syila je.

Masa match Piala Sultan Selangor, pilihan Selangor menentang pilihan Singapura tu Syila pergi Stadium. Sepanjang Syila minat bola, inilah pertama kali Syila datang stadium untuk tengok bola. Masa tu semangat dia lain sikit bila tengok di stadium. Menjerit bagi sokongan pada pemain tak putus-putus *Kecuali masa MSS mengantuk di minit ke-70*. Game pun best sebab pengadil okay dan pemain pun bukan yang nampak macam dibayar. Semua menunjukkan prestasi yang bagus.

Syila sokong mana malam ni?. Syila sokong dua-dua. Bagi Syila dua-dua pasukan ada kelebihan. Syila tengok kat mana dan dengan siapa?. Syila malam ni mungkin tak dapat tengok sebab Syila nak pergi ikut appointment dengan business partner kat Kelana Jaya. Kalau ada yang berminat nak tambah pendapatan ataupun mahu mengubah kehidupan kearah lebih bagus boleh contact Syila.

No. fon : 019-3218761 (whatsapp/call)
Email : syilaasomi@yahoo.com
BBM : BBpin cuma diberi kepada customer dan business partners sahaja. Ini demi menjaga hati MSS. Jadi cukuplah sekadar email and no.fon.

Sekian,
Love, YanaSyila

No comments: