Saturday 27 October 2012

Dengan Inovasi,Yo Malaysia (PERAK) | I Need Your Help

Hi fellas ! Hari ni Syila nak minta jasa baik korang sedikit. Boleh tak?. Sebenarnya bukan untuk kepentingan diri Syila. Tapi lebih kepada untuk membantu adik Syila. Syila nak bantu adik Syila dan kawan-kawan sekolah dia untuk menang benda ini. Syila nak dia menang supaya mak tak fikir dia buat benda ni sia-sia. Dia ni degil tapi dia adik yang bagus. Kalau dia nak buat sesuau dia akan berusaha sungguh-sungguh. Macam dia buat video ni, Syila nampak dia bersungguh untuk menang dan dapatkan sokongan ramai pihak. Okay jauh melalut. Mari Syila terangkan apa yang dia lakukan dan apa yang perlu korang lakukan. Adik Syila dari group Youth Sport Leader (YSL).

Adik Syila Lakukan

  1. Adik Syila masuk satu competition dibawah anjuran Dengan Inovasi,Yo (DIY). DIY ni merupakan program realiti yang telah berlangsung di TV3 beberapa minggu lepas pada pukul 6.30 petang hingga  7 malam. Dia dan kumpulan dia telah berjaya masuk ke-peringkat Negeri. 
  2. Sekarang ni dorang kena buat video tentang  BULI . Video tu dah siap. 
  3. Kalau dorang berjaya mendapatkan jumlah sukarelawan yang ramai dan dapat TOP THREE, mereka akan datang ke Fahrenheit 88 untuk teruskan berkempen mengenai ANTI BULI.

Korang Cuma Lakukan





  1. Korang cuma perlu pergi dekat link yang Syila bagi ni. (Klik Link Di Sini). Tengok video tu. (Tak tengok pun takpe. Tapi rugi kalau tak tengok).
  2. Klik button untuk daftar sebagai sukarelawan.
  3. Isi beberapa particular yang dikehendaki. (Semua particular adalah dirahsiakan)
  4. Klik button DAFTAR.
  5. Jangan lupa klik verify link dekat email.  Dengan klik verify ni korang dah tolong adik Syila selangkah untuk menang.
Hanya beberapa langkah mudah untuk korang tolong adik Syila dan kawan-kawan dia. Kalau dorang berjaya masuk top 3, dorang akan berkempen di Fahrenheit 88 (area Bukit Bintang). Lagipun sekarang ni kan banyak jugak kes pasal buli ni. Jadi dorang akan cuba berkempen untuk ANTI-BULI. 

Mendaftar tak semestinya wajib hadir, tapi kalau hadir kita dapat memeriahkan majlis lagi dan bantu adik Syila jadi juara peringkat negeri pulak.

Tempoh untuk mendaftar sebagai sukarelawan bermula 27.10.2012 sehingga 30.12.2012 (midnight).

Marilah mendaftar sebagai sukarelawan beramai-ramai. :)

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi berikut :


FB SYILA : Nurdiyana Asilah
FB ADIK SYILA : Dalila Asomi

No comments: