Sunday 21 October 2012

Kenangan | Alam Persekolahan Part I

Orang kata kenangan yang paling kita takkan lupa adalah pada zaman persekolahan. Tapi sebenarnya kita sentiasa ingat setiap perkara yang terjadi bermula kita masuk ke alam persekolahan sehingga sekarang. Jadi, Syila nak kongsikan pengalaman Syila sepanjang menempuh alam persekolahan.

Masih dalam ingatan hari pertama Syila daftar ke sekolah. Ketika darjah 1, abah Syila hantar ke sekolah pada hari pertama, Masa tu Syila ke sekolah pakai beg Swan yang besar. Siap ada teddy bear kecil bersama beg tersebut. Teddy bear tersebutlah yang teman Syila masa disekolah. Pada mulanya abah Syila nak tunggu tapi Syila suruh balik. Kalau budak lain, semua nak mak abah tnggu kan? tapi tidak Syila. Waktu rehat makcik Ani akan hantar makanan. Katanya mak suruh hantarkan makanan untuk Syila pada waktu rehat. Mak akan tanya Syila nak makan apa pada hari tersebut. Jadi, makcik Ani akan hantar makanan bersama minuman. Perkara ni berterusan sehingga Syila darjah 3.

Masa darjah 4, Syila pernah nak gaduh dengan budak lelaki kelas Syila. Sebabnya, budak tu ambil pemadam Syila dan taknak pulangkan. Abah Syila ajar kalau orang nak gaduh angkat kain tu sikit kemudian sepak dibahagian sensetif. Sebab tu Syila pergi sekolah akan pakai seluar panjang kat dalam kain. Syila memang dari kecil berdikari sebenarnya,cuma selepas bersama MSS ni Syila kurang berdikari. Kalau MSS suruh berdikari sekarang pun dah terlambat. Syila tak boleh berdikari di Kuala Lumpur ni. Dulu Syila sekolah sesi petang. Selalu jugak Syila kena tinggal dengan bas. Syila kena tinggal bas sekalipun, Syila tak call mak abah untuk ambil Syila. Tapi Syila menapak dari sekolah balik ke rumah. Habis sekolah ukul 6.30 petang, pukul 7 baru Syila sampai rumah sebab sekolah dengan rumah adalah dalam 1 atau 2 kilometer. Masa tu kecil lagi, dengan beg besar lagi jadi memang lambat sampai.

Lepas tu ingat tak Syila cerita ada teddy bear sekali dengan beg swan tu?. Syila pernah menangis sebab teddy tu hilang. Syila mengadu kat abah,abah kata esok-esok ada lar tu. Malam tu ada bunyi pintu diketuk. Syila pun buka lar pintu tapi tiada orang. Keesokkan harinya, Syila tengok teddy Syila tu ada tepi bantal Syila. Kelam-kabut bangun bagitahu abah yang teddy bear dah ada. Abah kata teddy bear tu kot yang ketuk pintu semalam. Hakikatnya, abah Syila yang sorokkan. Mana Syila tahu? Alaa tu kan abah Syila. Syila tahu pun masa dah besar. Sebab kalau barang hilang then ada balik, memang takde kerja orang lain. Memang abah Syila yang sorok. Abah suka mengusik anak-anak dia. Sebab tu Syila sayang abah. Ada je nak buat bagi anak-anak dia gembira.

Jadi, ini baru untuk sekolah rendah. Part II Syila akan cerita pasal sekolah menengah pulak. Lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. So tunggu tau. Kalau Syila rajin, malam atau esok pagi ada lar entry part II ya.

Sekian,
Love,YanaSyila

No comments: