Thursday, 18 October 2012

Petua Ceria Setiap Hari

Syila ni takde lar seorang yang sentiasa happy. Ada juga hari yang mood Syila kelaut atau pun keudara. Tapi ni apa yang Syila lakukan untuk cuba ceriakan diri. Mood bila bangun pagi sangat mempengaruhi mood seharian kita. Ini apa yang Syila lalui lar.. Kalau korang tu Syila tak tahu pulak. Apa caranya?

  1. Bangun pagi kemudian ingat perkara yang indah sahaja. Kalau malam tadi gaduh dengan Boifren ke apa lupakan je. Ni memang Syila lakukan. Kalau malam sebelum tidur tu gaduh dengan MSS sekalipun, bangun pagi Syila akan lupakan je. 
  2. Kemudian Syila akan tengok cermin dan tersengih. Masa tersengih tu dalam hati kata " Cantik sungguh bila aku senyum & ceria". Ini Syila buat kalau tengok cermin lar. Tapi Syila ni jenis tengok cermin kalau mekap je. Syila pulak bukan jenis yang suka mekap jadi bila kat office baru buat. Sebab toilet office cermin besar giler. kahkahkah...
  3. Maafkan semua kesalahan orang buat pada kita. Ni Syila buat kadang-kadang je. Sebab adakalanya Syila terlupa. Lagipun Syila bukan jenis yang suka berdendam, kecuali kalau orang tersebut betu;-betul mencabar Syila. Yang ni memang terbukti berkesan. Bila kita maafkan orang hati kita akan lebih suci. 
  4. Sentiasa tersenyum dan terima gurauan selagi gurauan itu tidak melampaui batas. Macam Syila officemate Syila semua perempuan maka memang huhaa lar office tu. Jadi memang jarang Syila tak tersenyum. Kalau tak sihat jelar Syila kurang senyum. :)
Itu saja lar rasanya yang Syila boleh kongsikan. Ini je yang terlintas dikepala Syila. Yang penting kita jangan simpan dendam, Sentiasa senyum dan berdoa kepada ALLAH agar hati kita tidak terlampau gelisah.

Sekian,
Love, YanaSyila

No comments: