Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, 19 December 2012

Maria Elena Wedding Video



Maria Elena ! Siapa yang tak kenal dia? Usually blogger akan kenal dia. She such an adorable person. I love her. Walaupun ada yang kata dia annoying with all those mimik muka, but for me she's not hipokrit.


Tadi online facebook, then terjumpa salah seorang friend share link video wedding Maria Elena ni. Jadi Syila pun have a look walaupun kerja melambak kat office ni. Kahkahkah. Wedding video ada ada 3 parts. Semua part tu Syila tengok tadi. Memang both of them sweet to be together. Hope their marriage till Jannah.

Video wedding ni di shoot oleh CST Bree. Kalau ada bakal-bakal penggantin yang nak guna khidmat diorang ni boleh lar ke link berikut : CST Breed 

Kalau sesiapa nak tengok Wedding video Maria Elena nk boleh pergi ke link-link dibawah. (Syila tak memiliki apa-apa. Syila cuma share sahaja. Bukan mencuri ye. In other words, I dont own anythings)



Sekian,
Love,
YanaSyila


Friday, 19 October 2012

Aku Terima Nikahnya

Movie terbaru arahan seorang wanita yang mampu membuatkan kita tersentuh mahupun meremang bulu roma. Ditambah pula dengan Nora Danish yang begitu menjiwai watak tersebut. Dan Ady Putra yang membuatkan kita geram dengan sikapnya. Movie yang mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang bahagia namun kebahagian mereka diragut apabila suaminya, lakonan Ady Putra mengalami kemalangan yang menyebabkan ingatannya hilang. Ingin tahu kusah selanjutnya marilah kita ke panggung wayang berdekatan. Ataupun tunggu sehingga DVD original filem ini dipasarkan.

Antara babak romantik dalam filem ini.
Ni adalah dia punya filem cover. kahkahkah
Syila tunggu MSS nak pergi tengok filem ni memang harapan lar. Dia nak tengok PE 3 je. kahkahkah.. Okay nak sambung buat kerja. Tadi takde kerja. Sekarang baru dapat kerja untuk diselesaikan.. :)

Sekian,
Love, YanaSyila

Thursday, 18 October 2012

Review Product | Penjagaan Muka

Baiklah kawan-kawan, malam ni Syila nak buat review sikit pasal produk penjagaan muka yang pernah Syila pakai. Alhamdulillah muka Syila ni jenis kulit yang tak bermasalah. Jadi kalau pakai apa-apa produk pun memang tak naik jerawat. Kalau tak sesuai dengan kulit muka Syila, paling tidak muka Syila akan berminyak   teruk macam empangan pecah. Syila kongsikan macam-macam produk pernah Syila cuba dari zaman mula-mula pakai pencuci muka hingga sekarang. Okay?
  1. Clean & Clear. Produk ni memang sesuai untuk remaja yang jenis kulit muka berminyak teruk. Masa Syila pakai ni okay lar jugak sebab kulit muka kurang berminyak. Kalau pakai kertas minyak yang clean&clear tu *alaa yg biru tu* memang susah nak nampak minyak. Memang bagus.
  2. Nano White Syila pakai paling best !. Kenapa? Sebab tekstur dia yang lembut. Syila paling suka serum nano white ni. Serum ni buat muka rasa lembab. Memang serum nano white hampir mencecah RM 60 tapi sangat berbaloi. Masa Syila beli ni ada promotion jadi masa beli serum ni dapat free losyen badan. Losyen badan dia sangat terbaik. Tak melekit then cepat serap ke kulit. Ketara lar beza masa pakai Nano White ni sebab ia menjadikan kulit muka Syila lebih lembab dan tak kering dan menggelupas. Kalau nak cuba beli lar dulu set percubaan memang korang akan rasa nak terus pakai.  
  3. Ni pulak produk Syila pakai masa awal-awal masuk Diploma. Syila selalu pakai scrub je. Scrub dia membuang kotoran dimuka dan juga menyegarkan. Kira macam berangin lar muka lepas cuci tu.   
  4. Syila juga pernah pakai Fair & Lovely. Alaaaa.. Yang iklan editor jadi penhias depan majalah tu. Yang ni Syila pakai masa form 3 kalau tak salah. Bagi Syila produk ni biasa je. Lagipun masa tu Syila putih lagi, sekarang ni gelap sikit sebab form 5 dulu main netball. Pakai pun sekejap je jadi Syila tak berani  komen banyak pasal produk ni. Syila pakai pencuci muka sahaja masa tu lain tak pakai.
  5. Yang ni agak mustahil kalau orang tak tahu. Produk terkenal ni. Alaaa. Yang duta dia Lisa Surihani tu. Y a ! Ni lar produk dia. Produk ni lama jugak Syila pakai. Syila cuma tak suka dia punya bedak padat ataupun compact powder sebab bedak dia buatkan muka Syila berminyak. Mungkin memang tekstur bedak tu yang berminyak atau bedak tu tak sesuai dengan Syila. Paling best dia punya mask muka. Memang buatkan kulit muka rasa segar dan pori di muka bebas dari minyak. 
Ni adalah antara beberapa produk muka yang Syila boleh cadangan pada korang. Paling Syila suka dan Syila pakai ialah Nano White. Memang agak mahal tapi berbaloi sebab produk ni melembabkan serta mencerahkan kulit muka kita. Tapi kalau yang memang semula jadi kulit tan tu jangan lar korang marah Syila pulak ya. Korang pun boleh pakai cuma ia cuma melembabkan kulit muka korang.  

Sekian,
Love, YanaSyila