Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Kalau Lelaki Ada Payudara

Hahahaha.. Tajuk entry memang agak tettttt sikit. Tapi ni semua gara-gara officemate syila. Dia yang bagi link ni kat syila. memang bantai gelak kami berdua kat office ni. Hahahha. Kalau korang tengok pun korang akan ketawa. hahaha. Jum tgk video ni.


Kalau lelaki ada breast :

  1. kurang kes raba di dunia sebab lelaki pun ada apa yang wanita ada. 
  2. boleh tolong bini susukan anak
  3. boleh sesama pergi hospital check up untuk prevent breast cancer. 
Tapi apa pun, bagi wanita sila jaga keselamatan dan kesihatan breast anda. Breast cancer ni tak mengira peringkat umur. Yang muda pun berisiko mengidap breast cancer bukan orang tua je. Jadi sentiasa periksa breast anda setelah 7 hari datang bulan. kalau ada benjolan dan rasa sakit di bahagian breast, sila lar pergi check dengan doktor okay.

Selain itu, penggunaan Premium Beautiful (PB) mampu membantu mencegah breast cancer. Berminat boleh hubungi syila

call: 019-3218761
email: syilaasomi@yahoo.com

Sekian,
Love,
YanaSyila


Saturday, 20 October 2012

Lirik & Video | Lacy Band - Hargailah cintaku

Lagu ni sedang menjadi halwa telinga Syila. Ya, memang bila Syila suka sangat lagu tu memang ada sebab. Sebab kenapa Syila suka lagu ni ? Ini kerana dulu Syila kan pernah ada konflik dgn MSS. Kalau siapa yang follow blog lama Syila dulu mungkin tahu lar. Lirik lagu ni memang kena dengan keadaan Syila. Keadaan seseorang yang memberikan peluang kedua dan berharap peluang tersebut tidak di sia-siakan.Lagu ni dinyanyi kan oleh band indie di Indonesia. Lagu dia sangat best bagi Syila.





Lirik: Hargailah cintaku

Ku akan pergi meninggalkan dirimu sendiri
Jika kau ulangi kesalahan yang kedua kali
Selama ini ku mencintai mu sepenuh hati
Tapi kau khianati dan mencintai ke lain hati

Ku ingin kau hargai cinta yang telah ku beri
Cinta yang telah ku miliki
Ku ingin kau mengerti cinta yang telah ku beri
dan jagalah sampai mati

Biarpun kau sakiti biarpun kau lukai
Aku tetap mencintai
Biarpun kau sakiti biarpun kau lukai
Aku tetap cinta mati

Siapa yang faham tu baguslar. Takde orang yang nak hubungan tu dikhianati. Jadi jagalah sesuatu perhubungan dengan baik. Tak kira sama ada persahabatan, percintaan mahupun perkahwinan. Macam Syila, walaupun ada kawan-kawan yang tak suka Syila balik pada MSS lepas apa yang jadi tapi Syila lebih kenal MSS. Andai dia ulangi kesilapan dan kesalahan dia mungkin itu takdir Syila. Syila takkan salahkan takdir Syila. 

Sekian,
Love, YanaSyila






Tuesday, 16 October 2012

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi


Ni ada lagi yang Syila nak kongsikan dengan korang semua. Terutama isteri-isteri yang syurganya dibawah redha suaminya. :) Doa Syila hari ini agar Syila dapat jadi anak yang solehah untuk ibubapa Syila dan juga dapat menjadi isteri yang taat dan menjaga aib suami setelah bernikah. 

*****************************************


Hiasan

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

*****************************************


Kenapa kubur wanita digali 7 kaki manakala kubur lelaki hanya 5 kaki


Hari ni Syila dapat ilmu baru. Bukan ilmu hitam atau apa-apa tapi ilmu agama. Syila ni takde lar jahil sangat cuma kadang-kadang kita terlupa dan tidak tahu sebab sesuatu itu. Macam hari ni, Syila baru tau sebab kenapa kubur lelaki dan wanita tidak sama kedalamnya. Marilah kita sama-sama tambahkan ilmu didada. :)

*******************************************************************
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..

*******************************************************************
Entry sebenar dari sini