Hari ni Syila dapat ilmu baru. Bukan ilmu hitam atau apa-apa tapi ilmu agama. Syila ni takde lar jahil sangat cuma kadang-kadang kita terlupa dan tidak tahu sebab sesuatu itu. Macam hari ni, Syila baru tau sebab kenapa kubur lelaki dan wanita tidak sama kedalamnya. Marilah kita sama-sama tambahkan ilmu didada. :)
*******************************************************************
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”
Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..
*******************************************************************
Entry sebenar dari sini
No comments:
Post a Comment