Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Perbezaan Zaman Belajar dan Berkerjaya

Hii uolss ! Lama syila tak taip entry untuk bacaan kosong korang walaupun kadang-kala ada isu dan perkara yang cuba disampaikan. Hari ni free sikit, jadi syila nak ceritakan perbezaan masa syila belajar dan masa dah kerja ni. Takde beza? Mustahil ! Pasti ada bezanya. Tak percaya ? Jum syila ceritakan perbezaan life syila

Masa Belajar

  • Masa sentiasa ada untuk berhibur walaupun sibuk dengan segala tugasan
  • Kekangan wang walaupun punya lebihan masa.
  • Tak perlu fikirkan banyak perkara kecuali belajar. (bab gaduh dengan boifren tak dimasukkan. sekian)
  • Sentiasa ada rakan-rakan disisi untuk berborak bagai nak giler.
  • Handphone jadi satu keperluan untuk msg kawan-kawan tentang assignment mahupun msg boifren.
Masa Berkerjaya
  • Masa kurang kerana lebih life di pejabat (untuk yang kerja ofis hour mcm syila)
  • Lebihan wang namun kekangan masa. (syila admit ni. sekarang jarang ada masa untuk lepak-lepak dengan MSS)
  • Kena fikir banyak perkara. For example: nak kejar dateline kerja, nak kena pikir nak sambung belajar(kalau nak sambung) then nak fikir how to manage time and money dengan efficient.
  • Masa ni kawan-kawan ada, cuma kita akan lebih kenal masa sahabat dan mana kawan. Bagi syila kawan dan sahabat adalah dua entiti berbeza.
  • Handphone pulak usually akan digunakan pada waktu malam ataupun waktu rehat. Malam untuk contact family and boifren n sahabat also online. Rehat guna untuk online semata-mata.
See. Akan ada perbezaannya. Cuma kita sedar atau tidak je. For me, we have to adapt new life. Jadi bila mula berkerja ni kita kena sesuaikan diri untuk mengalami perubahan untuk diri kita. Usually kita hanya ada masa untuk lepak-lepak atau keluar dengan kawan dan boifren hanya pada hujung minggu.

Itu apa yang syila rasa setakat ini. Hahahahah. Kalau korang tak rasa tu tatau lar pulak. Okay lar nak chow dulu. Mahu sambung buat kerja. Adios. !

Sekian,
Love,
YanaSyila

Wednesday, 19 December 2012

Maria Elena Wedding Video



Maria Elena ! Siapa yang tak kenal dia? Usually blogger akan kenal dia. She such an adorable person. I love her. Walaupun ada yang kata dia annoying with all those mimik muka, but for me she's not hipokrit.


Tadi online facebook, then terjumpa salah seorang friend share link video wedding Maria Elena ni. Jadi Syila pun have a look walaupun kerja melambak kat office ni. Kahkahkah. Wedding video ada ada 3 parts. Semua part tu Syila tengok tadi. Memang both of them sweet to be together. Hope their marriage till Jannah.

Video wedding ni di shoot oleh CST Bree. Kalau ada bakal-bakal penggantin yang nak guna khidmat diorang ni boleh lar ke link berikut : CST Breed 

Kalau sesiapa nak tengok Wedding video Maria Elena nk boleh pergi ke link-link dibawah. (Syila tak memiliki apa-apa. Syila cuma share sahaja. Bukan mencuri ye. In other words, I dont own anythings)



Sekian,
Love,
YanaSyila


Tuesday, 18 December 2012

Zizan , Posmen dan Syila



Siapa yang tak kenal Zizan? Bukan Zizan Nin tapi Zizan Razak ataupun lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak. Jadi sila bayangkan Zizan Raja Lawak okay. Kalau tak dapat bayangkan, ni Syila tepek gambar dia.



Ceritanya bermula begini, masa tu Syila baru habis form 5. Jadi duduk dirumah semata-mata. Abah kata tak payah kerja buat je kerja rumah yang ada. Dikawasan rumah Syila ni ada posmen ni muka tak macam zizan sangat. Cuma hidung dia memang sebijik macam Zizan. Kalau sekilas pandang nampak lar sikit macam Zizan.

Nak dijadikan cerita, setiap hari Syila akan bangun pagi untuk basuh kain and buat semua kerja rumah. Tanpa dirancang, satu hari tu Syila jemur baju awal atau mungkin posmen tu datang awal. Selalunya rumah Syila takde orang, yelar Syila dulu duduk hostel.

Masa tengah jemur kain tu, posmen ni pun datang lar hantar surat macam biasa. Syila yang kebetulan ada kat luar tengah jemur baju, terus lar pergi ke peti pos. Dia mungkin tak perasan Syila masa tu, sebab Syila berada belakang penyidai (maklumlah tengah sidai baju). Syila sampai kat peti pos tu, posmen ni baru je reserve sikit motor dia. Dia terkejut tengok ada orang gamaknya, mujur dia tak jatuh.

Masa tu Syila risau, yelar kalau dia jatuh tak memasal je. Dah lar depan rumah Syila. Abah Syila kata mungkin dia terkejut ada anak dara kat rumah kot. Takpun terkejut sebab ada orang kat rumah. Hahahaha. Sejak tu kalau dia datang je, kitaorang tak keluar rumah. Takut dia terjatuh.

*Itu je. Idea dah hilang. Tak tahu kemana larinya idea tu. Hahahaha*

Sekian,
Love,
YanaSyila

Sunday, 21 October 2012

Kenangan | Alam Persekolahan Part I

Orang kata kenangan yang paling kita takkan lupa adalah pada zaman persekolahan. Tapi sebenarnya kita sentiasa ingat setiap perkara yang terjadi bermula kita masuk ke alam persekolahan sehingga sekarang. Jadi, Syila nak kongsikan pengalaman Syila sepanjang menempuh alam persekolahan.

Masih dalam ingatan hari pertama Syila daftar ke sekolah. Ketika darjah 1, abah Syila hantar ke sekolah pada hari pertama, Masa tu Syila ke sekolah pakai beg Swan yang besar. Siap ada teddy bear kecil bersama beg tersebut. Teddy bear tersebutlah yang teman Syila masa disekolah. Pada mulanya abah Syila nak tunggu tapi Syila suruh balik. Kalau budak lain, semua nak mak abah tnggu kan? tapi tidak Syila. Waktu rehat makcik Ani akan hantar makanan. Katanya mak suruh hantarkan makanan untuk Syila pada waktu rehat. Mak akan tanya Syila nak makan apa pada hari tersebut. Jadi, makcik Ani akan hantar makanan bersama minuman. Perkara ni berterusan sehingga Syila darjah 3.

Masa darjah 4, Syila pernah nak gaduh dengan budak lelaki kelas Syila. Sebabnya, budak tu ambil pemadam Syila dan taknak pulangkan. Abah Syila ajar kalau orang nak gaduh angkat kain tu sikit kemudian sepak dibahagian sensetif. Sebab tu Syila pergi sekolah akan pakai seluar panjang kat dalam kain. Syila memang dari kecil berdikari sebenarnya,cuma selepas bersama MSS ni Syila kurang berdikari. Kalau MSS suruh berdikari sekarang pun dah terlambat. Syila tak boleh berdikari di Kuala Lumpur ni. Dulu Syila sekolah sesi petang. Selalu jugak Syila kena tinggal dengan bas. Syila kena tinggal bas sekalipun, Syila tak call mak abah untuk ambil Syila. Tapi Syila menapak dari sekolah balik ke rumah. Habis sekolah ukul 6.30 petang, pukul 7 baru Syila sampai rumah sebab sekolah dengan rumah adalah dalam 1 atau 2 kilometer. Masa tu kecil lagi, dengan beg besar lagi jadi memang lambat sampai.

Lepas tu ingat tak Syila cerita ada teddy bear sekali dengan beg swan tu?. Syila pernah menangis sebab teddy tu hilang. Syila mengadu kat abah,abah kata esok-esok ada lar tu. Malam tu ada bunyi pintu diketuk. Syila pun buka lar pintu tapi tiada orang. Keesokkan harinya, Syila tengok teddy Syila tu ada tepi bantal Syila. Kelam-kabut bangun bagitahu abah yang teddy bear dah ada. Abah kata teddy bear tu kot yang ketuk pintu semalam. Hakikatnya, abah Syila yang sorokkan. Mana Syila tahu? Alaa tu kan abah Syila. Syila tahu pun masa dah besar. Sebab kalau barang hilang then ada balik, memang takde kerja orang lain. Memang abah Syila yang sorok. Abah suka mengusik anak-anak dia. Sebab tu Syila sayang abah. Ada je nak buat bagi anak-anak dia gembira.

Jadi, ini baru untuk sekolah rendah. Part II Syila akan cerita pasal sekolah menengah pulak. Lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. So tunggu tau. Kalau Syila rajin, malam atau esok pagi ada lar entry part II ya.

Sekian,
Love,YanaSyila