Saturday, 27 October 2012

DIY MALAYSIA | Voting to be Volunteer

Hi ! Sama macam semalam. Hari ni masih proses tolong adik Syila. Langkah mudah Syila bagi hari ni. Takde story panjang.

  1. Klik link DISINI . 
  2. Klik button " Ya, Saya ingin mejadi sukarelawan". *button ni berada di bahagian bawah sebelah kanan. 
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Klik verify link yang dihantar ke email korang. *maksudnya korang kena bukak email dan buat pengesahan sukarelawan. Kalau tidak voting korang tak dikira*
Jangan keliru walaupun daftar sebagai sukarelawan, korang tak semesti wajib hadir. Kalau nak hadir pun boleh, ia akan memeriahkan lagi kempen tersebut. Korang daftar sebagai sukarelawan ni sama macam button like jugak lar sebenarnya. Jadi jum ramai-ramai daftar sebagai sukarelawan. =)

Sekian itu sahaja entry malam ini. Tolong adik Syila ya. 

Sekian,
Love,YanaSyila

Dengan Inovasi,Yo Malaysia (PERAK) | I Need Your Help

Hi fellas ! Hari ni Syila nak minta jasa baik korang sedikit. Boleh tak?. Sebenarnya bukan untuk kepentingan diri Syila. Tapi lebih kepada untuk membantu adik Syila. Syila nak bantu adik Syila dan kawan-kawan sekolah dia untuk menang benda ini. Syila nak dia menang supaya mak tak fikir dia buat benda ni sia-sia. Dia ni degil tapi dia adik yang bagus. Kalau dia nak buat sesuau dia akan berusaha sungguh-sungguh. Macam dia buat video ni, Syila nampak dia bersungguh untuk menang dan dapatkan sokongan ramai pihak. Okay jauh melalut. Mari Syila terangkan apa yang dia lakukan dan apa yang perlu korang lakukan. Adik Syila dari group Youth Sport Leader (YSL).

Adik Syila Lakukan

  1. Adik Syila masuk satu competition dibawah anjuran Dengan Inovasi,Yo (DIY). DIY ni merupakan program realiti yang telah berlangsung di TV3 beberapa minggu lepas pada pukul 6.30 petang hingga  7 malam. Dia dan kumpulan dia telah berjaya masuk ke-peringkat Negeri. 
  2. Sekarang ni dorang kena buat video tentang  BULI . Video tu dah siap. 
  3. Kalau dorang berjaya mendapatkan jumlah sukarelawan yang ramai dan dapat TOP THREE, mereka akan datang ke Fahrenheit 88 untuk teruskan berkempen mengenai ANTI BULI.

Korang Cuma Lakukan





  1. Korang cuma perlu pergi dekat link yang Syila bagi ni. (Klik Link Di Sini). Tengok video tu. (Tak tengok pun takpe. Tapi rugi kalau tak tengok).
  2. Klik button untuk daftar sebagai sukarelawan.
  3. Isi beberapa particular yang dikehendaki. (Semua particular adalah dirahsiakan)
  4. Klik button DAFTAR.
  5. Jangan lupa klik verify link dekat email.  Dengan klik verify ni korang dah tolong adik Syila selangkah untuk menang.
Hanya beberapa langkah mudah untuk korang tolong adik Syila dan kawan-kawan dia. Kalau dorang berjaya masuk top 3, dorang akan berkempen di Fahrenheit 88 (area Bukit Bintang). Lagipun sekarang ni kan banyak jugak kes pasal buli ni. Jadi dorang akan cuba berkempen untuk ANTI-BULI. 

Mendaftar tak semestinya wajib hadir, tapi kalau hadir kita dapat memeriahkan majlis lagi dan bantu adik Syila jadi juara peringkat negeri pulak.

Tempoh untuk mendaftar sebagai sukarelawan bermula 27.10.2012 sehingga 30.12.2012 (midnight).

Marilah mendaftar sebagai sukarelawan beramai-ramai. :)

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi berikut :


FB SYILA : Nurdiyana Asilah
FB ADIK SYILA : Dalila Asomi

Tuesday, 23 October 2012

Beza Klinik Kerajaan dengan Klinik Swasta

Macam yang semua tahu, kesihatan Syila sejak beberapa minggu ni kurang memuaskan. Mak Syila pun risau sebab last week migraine sampai berdarah hidung. Doktor kata memang migraine boleh sebabkan hidung atau telinga berdarah. Jadi doktor nasihat kan untuk berpantang atau jaga pemakanan. Tapi jenis Syila ni susah sikit nak berpantang makanan ni. Kecuali kalau Syila duduk dengan abah Syila. Masa Syila sakit mata dulu, abah Syila yang jaga. Dia jaga lar makan Syila. Tak boleh makan telur,ayam dan daging. Kalau kat sini susah nak jaga sebab, Syila duduk rumah sewa. Lepas tu makanan selalunya beli kat kedai. Terutama waktu makan tengahari. Yang tu memang makan di kedai. Kalau jaga pun, malam jelar yang boleh jaga.

Jadi back to topik. Tadi Syila pergi klik kerajaan. Selalunya Syila pergi klinik swasta. Tapi memikirkan dah banyak kali sangat Syila pergi klinik bulan ni. Kesian dekat mak, nanti kena tolak gaji pulak kalau kos perubatan Syila melebihi yang dah diperuntukkan. First, klinik kerajaan ni lambat sikit kerja dia. Contohnya macam tadi, nurse kat situ boleh sembang-sembang padahal patient dah lama letak kad untuk dorang buat cek blood pressure apa semua tu. Second, bayaran di klinik kerajaan jauh lebih murah. Kalau pergi klinik kerajaan kita cuma bayar RM 1 je. Sebab tu kadang kita tak boleh nak complain apa sangat. Yelar kita bayar RM 1 je.

Klinik swasta pula, service memang laju. Syila suka pergi Klinik Idzham kat Pandan Jaya. Service situ bagi Syila bagus. Kat situ dorang pakai sistem bernombor juga. Selalunya jarang patient tunggu lama kecuali kalau ramai sangat lar. Doktor dia pun agak bagus lar bagi Syila. Kedua, Klinik swasta ni memang bayaran agak mahal tapi berbaloi. Ubat yang dibekalkan selalunya bersesuaian dengan sakit kita tu. Takde lar setiap masa dia bagi panadol je. Macam Syila ni migraine kan, so dia akan provide ubat migraine.

Ini lar dulu buat sementara waktu ni. Syila update dari BB je. Jadi lenguh jari ni menaip. Nanti Syila update lagi ya..

Sekian,
Love,YanaSyila




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 22 October 2012

Mengapa Rozita Che Wan ?

Siapa yang tak kenal Rozita Che Wan. Agak mustahil kalau ada yang tak kenal dia. Artis wanita yang cantik dan seksi. Huhuhu.. Syila yang perempuan ni pun suka tengok dia. Badan dia lawa. Sekarang dia tengah naik. Kiah pekasam pastu macam-macam Kiah lagi. Kiah datang lagi, Bedah tong gas lar, Kiah ape tah lagi. Lupa dah. Tapi lepas satu-satu telemovie dia je.

Buat yang tak kenal siapa Rozita Che Wan tu, meyh Syila sharekan gambar dia.Okay. nak share satu gambar je. Lain tu korang cari sendiri. Baru-baru ni pun ada gosip pasal dia. Maklumlar orang lawa ni memang selalu ada orang dengki. Kadang-kadan benda tersebut tak berlaku pun.


Sekian,
Love,YanaSyila

Sunday, 21 October 2012

Kenangan | Alam Persekolahan Part I

Orang kata kenangan yang paling kita takkan lupa adalah pada zaman persekolahan. Tapi sebenarnya kita sentiasa ingat setiap perkara yang terjadi bermula kita masuk ke alam persekolahan sehingga sekarang. Jadi, Syila nak kongsikan pengalaman Syila sepanjang menempuh alam persekolahan.

Masih dalam ingatan hari pertama Syila daftar ke sekolah. Ketika darjah 1, abah Syila hantar ke sekolah pada hari pertama, Masa tu Syila ke sekolah pakai beg Swan yang besar. Siap ada teddy bear kecil bersama beg tersebut. Teddy bear tersebutlah yang teman Syila masa disekolah. Pada mulanya abah Syila nak tunggu tapi Syila suruh balik. Kalau budak lain, semua nak mak abah tnggu kan? tapi tidak Syila. Waktu rehat makcik Ani akan hantar makanan. Katanya mak suruh hantarkan makanan untuk Syila pada waktu rehat. Mak akan tanya Syila nak makan apa pada hari tersebut. Jadi, makcik Ani akan hantar makanan bersama minuman. Perkara ni berterusan sehingga Syila darjah 3.

Masa darjah 4, Syila pernah nak gaduh dengan budak lelaki kelas Syila. Sebabnya, budak tu ambil pemadam Syila dan taknak pulangkan. Abah Syila ajar kalau orang nak gaduh angkat kain tu sikit kemudian sepak dibahagian sensetif. Sebab tu Syila pergi sekolah akan pakai seluar panjang kat dalam kain. Syila memang dari kecil berdikari sebenarnya,cuma selepas bersama MSS ni Syila kurang berdikari. Kalau MSS suruh berdikari sekarang pun dah terlambat. Syila tak boleh berdikari di Kuala Lumpur ni. Dulu Syila sekolah sesi petang. Selalu jugak Syila kena tinggal dengan bas. Syila kena tinggal bas sekalipun, Syila tak call mak abah untuk ambil Syila. Tapi Syila menapak dari sekolah balik ke rumah. Habis sekolah ukul 6.30 petang, pukul 7 baru Syila sampai rumah sebab sekolah dengan rumah adalah dalam 1 atau 2 kilometer. Masa tu kecil lagi, dengan beg besar lagi jadi memang lambat sampai.

Lepas tu ingat tak Syila cerita ada teddy bear sekali dengan beg swan tu?. Syila pernah menangis sebab teddy tu hilang. Syila mengadu kat abah,abah kata esok-esok ada lar tu. Malam tu ada bunyi pintu diketuk. Syila pun buka lar pintu tapi tiada orang. Keesokkan harinya, Syila tengok teddy Syila tu ada tepi bantal Syila. Kelam-kabut bangun bagitahu abah yang teddy bear dah ada. Abah kata teddy bear tu kot yang ketuk pintu semalam. Hakikatnya, abah Syila yang sorokkan. Mana Syila tahu? Alaa tu kan abah Syila. Syila tahu pun masa dah besar. Sebab kalau barang hilang then ada balik, memang takde kerja orang lain. Memang abah Syila yang sorok. Abah suka mengusik anak-anak dia. Sebab tu Syila sayang abah. Ada je nak buat bagi anak-anak dia gembira.

Jadi, ini baru untuk sekolah rendah. Part II Syila akan cerita pasal sekolah menengah pulak. Lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. So tunggu tau. Kalau Syila rajin, malam atau esok pagi ada lar entry part II ya.

Sekian,
Love,YanaSyila

Saturday, 20 October 2012

Severe pain

A few weeks ago, I can feel my health began to be unstable. Bloody nose caused by migraine. Last week I also had to rest at home due to severe migraine. I'm too tired to go and back again to the clinic or hospital. After all I also don't have transportation to commute to the clinic. MC granted by the doctor for me is too much for this month. Moreover, I am bored when alone at home. I'm better at the office, at least I have officemate to chit-chat with.

Today my nose was bleeding again. MSS busy with his ​​college convocation at the PICC. Not only a day but almost a week. It felt like being a neglected by own boifren. When he came back home , it's already at night. When he came back home, I'm ready to sleep. Everyday just call and BBM but it was not so long because both are already sleepy.

MSS too busy today, so I decided to go to bed early due to migraine but my eyes can't close. So, I type this entry just to express all that is in my heart now. Bored because there are no friends to talk to, no friends to laugh and no friends to eat together.

At least after typing this entry I feel a little relieved, because I already express what I feel.Now I want to try to sleep because my head was so sick.

So,
Love, YanaSyila

Giveaway

Hari ni Syila rajin sikit update blog. Jangan ditanya mengapa. Mungkin atas faktor-faktor MSS yang terlalu busy minggu ni dan juga faktor bosan bersendirian dirumah sewa.

Berbalik pada tajuk tu, Syila belum sediakan apa-apa giveaway. Jadi Syila nak minta pandangan dan komen dari korang untuk buat giveaway mengenai apa. Yelar. Sempena Raya Aidiladha ni Syila rasa nak kongsi sikit apa yang Syila mampu kepada korang. Giveaway ni Syila kalau boleh taknak yang heavy sangat. Nak yang simple sahaja. Mungkin Syila akan provide 2 atau 3 hadiah untuk sesiapa yang terpilih. Kalau ramai join mungkin Syila tambah lar hadiah tu. Tapi kalau tak ramai join, Syila tak provide hadiah banyak lar. Bergantung pada berapa ramai yang sertai.

Jadi Syila minta jasa baik korang untuk bagi cadangan lar sikit. Kemudian bila giveaway tu dah berlangsung maka Syila harap korang-korang semua sudi lar untuk join.

Sekian,
Love Syila

Klik-klik sikit nufnang Syila tu. Mana tau boleh buat duit kawen. Kahkahkah.

Lirik & Video | Lacy Band - Hargailah cintaku

Lagu ni sedang menjadi halwa telinga Syila. Ya, memang bila Syila suka sangat lagu tu memang ada sebab. Sebab kenapa Syila suka lagu ni ? Ini kerana dulu Syila kan pernah ada konflik dgn MSS. Kalau siapa yang follow blog lama Syila dulu mungkin tahu lar. Lirik lagu ni memang kena dengan keadaan Syila. Keadaan seseorang yang memberikan peluang kedua dan berharap peluang tersebut tidak di sia-siakan.Lagu ni dinyanyi kan oleh band indie di Indonesia. Lagu dia sangat best bagi Syila.





Lirik: Hargailah cintaku

Ku akan pergi meninggalkan dirimu sendiri
Jika kau ulangi kesalahan yang kedua kali
Selama ini ku mencintai mu sepenuh hati
Tapi kau khianati dan mencintai ke lain hati

Ku ingin kau hargai cinta yang telah ku beri
Cinta yang telah ku miliki
Ku ingin kau mengerti cinta yang telah ku beri
dan jagalah sampai mati

Biarpun kau sakiti biarpun kau lukai
Aku tetap mencintai
Biarpun kau sakiti biarpun kau lukai
Aku tetap cinta mati

Siapa yang faham tu baguslar. Takde orang yang nak hubungan tu dikhianati. Jadi jagalah sesuatu perhubungan dengan baik. Tak kira sama ada persahabatan, percintaan mahupun perkahwinan. Macam Syila, walaupun ada kawan-kawan yang tak suka Syila balik pada MSS lepas apa yang jadi tapi Syila lebih kenal MSS. Andai dia ulangi kesilapan dan kesalahan dia mungkin itu takdir Syila. Syila takkan salahkan takdir Syila. 

Sekian,
Love, YanaSyila






Piala Malaysia | Kelantan VS ATM

Hari ni Sabtu. Makanya hari ni adalah hari penentuan sama ada Kelantan ataupun ATM yang akan menjulang Piala Malaysia 2012. Syila memang seorang perempuan yang minat tengok match bola. Selain tengok pemain, Syila memang minat tengok skill yang dilakukan. Tak kisah pasukan mana sekalipun. Bagi Syila permainan menarik dengan adanya skill-skill dari pemain.

Berbalik pada match malam ni, Syila tak kisah siapa yang akan menang. Tapi kalau menang biarlah menang dengan bermaruah. Maksud Syila disini ialah, biar menang sebab mereka layak. Bukannya menang sebab dibayar mahupun pengadil berat sebelah. Syila tak suka tengok permainan yang begitu. Bagi Syila kalau menang sebab dibayar atau pengadil berat sebelah tu sama macam tak layak. Takde apa yang nak di banggakan. Ini pada pendapat Syila je.

Masa match Piala Sultan Selangor, pilihan Selangor menentang pilihan Singapura tu Syila pergi Stadium. Sepanjang Syila minat bola, inilah pertama kali Syila datang stadium untuk tengok bola. Masa tu semangat dia lain sikit bila tengok di stadium. Menjerit bagi sokongan pada pemain tak putus-putus *Kecuali masa MSS mengantuk di minit ke-70*. Game pun best sebab pengadil okay dan pemain pun bukan yang nampak macam dibayar. Semua menunjukkan prestasi yang bagus.

Syila sokong mana malam ni?. Syila sokong dua-dua. Bagi Syila dua-dua pasukan ada kelebihan. Syila tengok kat mana dan dengan siapa?. Syila malam ni mungkin tak dapat tengok sebab Syila nak pergi ikut appointment dengan business partner kat Kelana Jaya. Kalau ada yang berminat nak tambah pendapatan ataupun mahu mengubah kehidupan kearah lebih bagus boleh contact Syila.

No. fon : 019-3218761 (whatsapp/call)
Email : syilaasomi@yahoo.com
BBM : BBpin cuma diberi kepada customer dan business partners sahaja. Ini demi menjaga hati MSS. Jadi cukuplah sekadar email and no.fon.

Sekian,
Love, YanaSyila

Friday, 19 October 2012

Aku Terima Nikahnya

Movie terbaru arahan seorang wanita yang mampu membuatkan kita tersentuh mahupun meremang bulu roma. Ditambah pula dengan Nora Danish yang begitu menjiwai watak tersebut. Dan Ady Putra yang membuatkan kita geram dengan sikapnya. Movie yang mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang bahagia namun kebahagian mereka diragut apabila suaminya, lakonan Ady Putra mengalami kemalangan yang menyebabkan ingatannya hilang. Ingin tahu kusah selanjutnya marilah kita ke panggung wayang berdekatan. Ataupun tunggu sehingga DVD original filem ini dipasarkan.

Antara babak romantik dalam filem ini.
Ni adalah dia punya filem cover. kahkahkah
Syila tunggu MSS nak pergi tengok filem ni memang harapan lar. Dia nak tengok PE 3 je. kahkahkah.. Okay nak sambung buat kerja. Tadi takde kerja. Sekarang baru dapat kerja untuk diselesaikan.. :)

Sekian,
Love, YanaSyila

Thursday, 18 October 2012

Review Product | Penjagaan Muka

Baiklah kawan-kawan, malam ni Syila nak buat review sikit pasal produk penjagaan muka yang pernah Syila pakai. Alhamdulillah muka Syila ni jenis kulit yang tak bermasalah. Jadi kalau pakai apa-apa produk pun memang tak naik jerawat. Kalau tak sesuai dengan kulit muka Syila, paling tidak muka Syila akan berminyak   teruk macam empangan pecah. Syila kongsikan macam-macam produk pernah Syila cuba dari zaman mula-mula pakai pencuci muka hingga sekarang. Okay?
  1. Clean & Clear. Produk ni memang sesuai untuk remaja yang jenis kulit muka berminyak teruk. Masa Syila pakai ni okay lar jugak sebab kulit muka kurang berminyak. Kalau pakai kertas minyak yang clean&clear tu *alaa yg biru tu* memang susah nak nampak minyak. Memang bagus.
  2. Nano White Syila pakai paling best !. Kenapa? Sebab tekstur dia yang lembut. Syila paling suka serum nano white ni. Serum ni buat muka rasa lembab. Memang serum nano white hampir mencecah RM 60 tapi sangat berbaloi. Masa Syila beli ni ada promotion jadi masa beli serum ni dapat free losyen badan. Losyen badan dia sangat terbaik. Tak melekit then cepat serap ke kulit. Ketara lar beza masa pakai Nano White ni sebab ia menjadikan kulit muka Syila lebih lembab dan tak kering dan menggelupas. Kalau nak cuba beli lar dulu set percubaan memang korang akan rasa nak terus pakai.  
  3. Ni pulak produk Syila pakai masa awal-awal masuk Diploma. Syila selalu pakai scrub je. Scrub dia membuang kotoran dimuka dan juga menyegarkan. Kira macam berangin lar muka lepas cuci tu.   
  4. Syila juga pernah pakai Fair & Lovely. Alaaaa.. Yang iklan editor jadi penhias depan majalah tu. Yang ni Syila pakai masa form 3 kalau tak salah. Bagi Syila produk ni biasa je. Lagipun masa tu Syila putih lagi, sekarang ni gelap sikit sebab form 5 dulu main netball. Pakai pun sekejap je jadi Syila tak berani  komen banyak pasal produk ni. Syila pakai pencuci muka sahaja masa tu lain tak pakai.
  5. Yang ni agak mustahil kalau orang tak tahu. Produk terkenal ni. Alaaa. Yang duta dia Lisa Surihani tu. Y a ! Ni lar produk dia. Produk ni lama jugak Syila pakai. Syila cuma tak suka dia punya bedak padat ataupun compact powder sebab bedak dia buatkan muka Syila berminyak. Mungkin memang tekstur bedak tu yang berminyak atau bedak tu tak sesuai dengan Syila. Paling best dia punya mask muka. Memang buatkan kulit muka rasa segar dan pori di muka bebas dari minyak. 
Ni adalah antara beberapa produk muka yang Syila boleh cadangan pada korang. Paling Syila suka dan Syila pakai ialah Nano White. Memang agak mahal tapi berbaloi sebab produk ni melembabkan serta mencerahkan kulit muka kita. Tapi kalau yang memang semula jadi kulit tan tu jangan lar korang marah Syila pulak ya. Korang pun boleh pakai cuma ia cuma melembabkan kulit muka korang.  

Sekian,
Love, YanaSyila

Petua Ceria Setiap Hari

Syila ni takde lar seorang yang sentiasa happy. Ada juga hari yang mood Syila kelaut atau pun keudara. Tapi ni apa yang Syila lakukan untuk cuba ceriakan diri. Mood bila bangun pagi sangat mempengaruhi mood seharian kita. Ini apa yang Syila lalui lar.. Kalau korang tu Syila tak tahu pulak. Apa caranya?

  1. Bangun pagi kemudian ingat perkara yang indah sahaja. Kalau malam tadi gaduh dengan Boifren ke apa lupakan je. Ni memang Syila lakukan. Kalau malam sebelum tidur tu gaduh dengan MSS sekalipun, bangun pagi Syila akan lupakan je. 
  2. Kemudian Syila akan tengok cermin dan tersengih. Masa tersengih tu dalam hati kata " Cantik sungguh bila aku senyum & ceria". Ini Syila buat kalau tengok cermin lar. Tapi Syila ni jenis tengok cermin kalau mekap je. Syila pulak bukan jenis yang suka mekap jadi bila kat office baru buat. Sebab toilet office cermin besar giler. kahkahkah...
  3. Maafkan semua kesalahan orang buat pada kita. Ni Syila buat kadang-kadang je. Sebab adakalanya Syila terlupa. Lagipun Syila bukan jenis yang suka berdendam, kecuali kalau orang tersebut betu;-betul mencabar Syila. Yang ni memang terbukti berkesan. Bila kita maafkan orang hati kita akan lebih suci. 
  4. Sentiasa tersenyum dan terima gurauan selagi gurauan itu tidak melampaui batas. Macam Syila officemate Syila semua perempuan maka memang huhaa lar office tu. Jadi memang jarang Syila tak tersenyum. Kalau tak sihat jelar Syila kurang senyum. :)
Itu saja lar rasanya yang Syila boleh kongsikan. Ini je yang terlintas dikepala Syila. Yang penting kita jangan simpan dendam, Sentiasa senyum dan berdoa kepada ALLAH agar hati kita tidak terlampau gelisah.

Sekian,
Love, YanaSyila

Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Kedua

Tadi disebabkan kerja yang kurang di pejabat maka, akak di pejabat ni buka Tonton.com.my.. Untuk apa? Tengok Vokal Bukan Sekadar Rupa II (Vokal) lar takkan Adam & Hawa pulak. Sebenarnya Syila ni bukan lar minat sangat rancangan TV ni, kalau tengok pun sekadar untuk ambil tahu. Tapi tadi sebab tak banyak kerja maka join lar akak tu tengok Vokal tu. Macam-macam gelagat. Semalam baru buat entry pasal ragam rakyat Malaysia. Bila tengok Vokal tu tadi, rasa macam nak buat lagi entry mengenai ragam rakyat Malaysia part 2. Hahahaha. Kenapa Syila kata macam tu ?

  1. Yang buat Syila gelak terbahak-bahak adalah part mamat yang dari Batu Pahat, Johor. Ni episod 1 ya kawan-kawan. Kenapa Syila gelak? Sebabnya dia sangat kelakar. Dia tak lepas untuk audition, kemudian dia kata dia dari jauh. Tau jauh dari mana? Katanya dari TOKYO. Perghhh ! Memang Syila bantai gelak terbahak-bahak dengan semua officemate. Ayat dia memang macam menggebang atau pun membongak or lebih senang menipu. Kalau betul tu wallah-hu-alam lar ye. Nak tau lebih lanjut cari dekat TubeAnda ataupun lebih dikenali sebagai YOUTUBE. 
  2. Mak kepada salah seorang peserta yang jadi terlampau gembira hingga buatkan dia jadi gelabah. Anak dia terpilih jadi dia terlampau suka. Maka dia pun gembira sampaikan nak cakap telefon pun jadi salah. Nampak macam melaatah tapi sebenarnya dia terlampau gembira. Tapi suara anak dia memang terbaik. Dia nyanyi lagu kisah hati by alyah tu. Tahniah ya dari Syila untuk dia.
  3. Yang ketiga ni buatkan Syila agak geram. Kenapa Syila geram? As we know, Vokal ni program realiti yang nak cari bakat nyanyian tanpa melihat pada rupa paras mahupun fizikal seseorang itu. Tapi, ada lar seorang lelaki ni. Dia masuk dalam bilik audition tu, awal-awal dia dah minta nak buka tirai. Katanya tak feel nak menyanyi. Tindakan dia ni seperti mencabar juri bila mana dia muncul dibelakang tirai yang menghalang pandangan juri tersebut. Maka terjadi lah insiden yang boleh mempengaruhi emosi juri dan juga peserta. Kemuncak bila Mas Idayu mula tinggikan suara. Nak tahu lebih lanjut macam biasa tengok di YOUTUBE ya kawan-kawan. *Ape kes Syila macam promote Youtube ni. Gasak lar*
  4. Yang ni Syila nak puji. Lelaki OKU ataupun kurang upaya yang tak lepaskan peluang mencuba nasib.  Dia mahu buktikan bahawa OKU pun boleh berjaya. Namun begitu suaranya tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh Azmeer dan Mas Idayu. Tetapi Azmeer menasihati dia agar teruskan dalam bidang yang dia mahir. Betul kata Azmeer tu. Bukan dengan nyanyian je kita dapat buktikan sesuatu. Dia bekerja dengan TM, maka dia perlu buktikan OKU seperti dia juga mampu untuk berjaya. Syila doakan dia mampu buktikan sesuatu. 
Okay. Tu saja lar komen Syila terhadap program ni. Yang berjaya tu Syila ucapkan Tahniah. Yang kurang bernasib baik tu cuba lagi nanti atau teruskan dengan apa yang anda mahir. Ambil apa yang diperkatakan oleh juri tu sebagai nasihat dan dorongan. Kalau nak tengok Vokal ni episod ke 3 kena tunggu minggu depan hari Rabu di TV3.  

Sekian
Love, YanaSyila

Wednesday, 17 October 2012

Ragam Rakyat Malaysia

Percaya atau tidak, manusia di Malaysia ni mempunyai 1001 ragam. Setiap hari macam-macam ragam yang dapat Syila lihat. Firstly, Syila nak maklumkan bahawa blog Syila bukan nak menyentuh isu perkauman ataupun agama. Jadi Syila harap korang tak salah anggap. Syila cuma mahu berkongsi apa yang Syila lihat setiap hari. Itu sahaja tidak lebih dari itu. Jadi mari kita mulakan.


  1. Setiap pagi bila Syila dalam perjalanan ke pejabat bersama rakan srumah yang juga rakan sepejabat, Syila akan melihat pelbagai ragam dan gelagat. Kalau di jalanraya, Syila dapat lihat ada pemandu yang pentingkan diri. Maksud Syila disini ialah yang jenis suka memotong barisan. Bagi Syila itu pentingkan diri, sebab mereka mahu cepat tapi tak fikirkan pemandu lain yang dibelakang. Kadang kala Syila mahupun MSS sendiri akan lakukan perkara ini. At least bila kita nak masuk line tu bagi lar signal dan angkat lar tangan tanda terima kasih. Biar lah kita ni hidup beradap. 
  2. Ragam di perhentian bas ataupun bus stand pun boleh tahan kelakar. Kalau anda semua pernah baca komik anda akan dapat bayangkan situasi yang cuba Syila sampaikan ini. Situasi dimana, mamat-mamat indon bersandar di tiang elektrik sambil bersiul. Gadis-gadis melayu yang sopan mengenakan tudung dan baju kurung sedang duduk sendirian di bangku. Amoi-amoi cantik berdiri sambil mengecilkan mata akibat sinaran matahari pagi yang memancar tepat ke muka putih melepak mereka. Makcik-makcik yang sibuk bergosip di hujung bus stand. Nyonya sedang berjalan bersama raga sayur untuk menunggu bas. Dan juga adik-adik yang berjalan kaki mahu ke sekolah yang berada berhampiran bus stand tersebut.
  3. Kemudian ragam ketika di tandas. Syila sudah semestinya masuk tandas perempuan kan, jadi Syila akan ceria berdasarkan tandas wanita. Jangan persoalankan tentang tandas lelaki okay?. Perempuan dan tandas memang sukar dipisahkan. Tetapi sebagai wanita, yang selalunya dikenali dengan pembersih ni tolong lah flush tandas selepas digunakan. *Okay macam takde kaitan*. Kemudian, tisu yang dah guna untuk lap-lap tu sila lar buang dalam tong sampah yang disediakan. Jangan lar campak dalam lubang tandas tu. Kesian orang yang nak gunakan lepas tu. Tambah kesian untuk akak-akak cleaner nanti. Memang lar mereka dibayar untuk cuci tandas tapi tolong lar bertimbang rasa sedikit ya.
Okay. Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan. Tapi takkan habis kalau semua nak diceritakan di blog ni. Jadi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, silalah berperikemanusian ya. Ehh.. Macam lari topik pulak. Takpe lar ada kaitan juga ni. Sambil berkongsi ragam rakyat di Malaysia ni, Syila nasihat kan apa yang Syila nampak. :)

Sekian,
Love,YanaSyila

Tuesday, 16 October 2012

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi


Ni ada lagi yang Syila nak kongsikan dengan korang semua. Terutama isteri-isteri yang syurganya dibawah redha suaminya. :) Doa Syila hari ini agar Syila dapat jadi anak yang solehah untuk ibubapa Syila dan juga dapat menjadi isteri yang taat dan menjaga aib suami setelah bernikah. 

*****************************************


Hiasan

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :
1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

*****************************************


Kenapa kubur wanita digali 7 kaki manakala kubur lelaki hanya 5 kaki


Hari ni Syila dapat ilmu baru. Bukan ilmu hitam atau apa-apa tapi ilmu agama. Syila ni takde lar jahil sangat cuma kadang-kadang kita terlupa dan tidak tahu sebab sesuatu itu. Macam hari ni, Syila baru tau sebab kenapa kubur lelaki dan wanita tidak sama kedalamnya. Marilah kita sama-sama tambahkan ilmu didada. :)

*******************************************************************
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..

*******************************************************************
Entry sebenar dari sini

Wednesday, 10 October 2012

Resepi | Aiskrim Goreng

Hari ni nak kongsi resepi buat aiskrim goreng. Hehehehe..sebenarnya teringin nak makan.. Dekat Uptown Danau Kota ada jual. Tapi masa bila pulak nak pergi sana. Takkan nak pergi sana semata-mata nak makan aiskrim goreng. Nanti free kena perli dengan MSS tu.. So marilah kita cuba.. Mana tau Syila ada geng teringin nak makan benda ni. :)

Bahan-Bahan

  1. Roti
  2. Aiskrim
  3. Cawan bulat
  4. Plastik
  5. Air
  6. Bread crumb/ serbuk roti


Cara-Cara

  1. Lenyekkan roti yg nak digunakan sampai nipis. Terpulang nak buat berapa keping. 1 aiskrim goreng guna 2 keping roti. 
  2. Letakkan aiskrim dibahagian tengah roti. Jangan banyak sangat nanti susah nak bungkus.
  3. Letakkan sekeping lagi roti atas aiskrim tu.
  4. Ambil cawan bulat, tekap atas roti tu untuk jadikan roti tu bulat.
  5. Untuk cantumkan roti tu, ambil sedikit air letakkan sekeliling roti untuk bagi roti bawah lekat dengan roti atas.
  6. Dah siap lekatkan roti tu, gaulkan roti tu dengan bread crumb tu. Kalau tak buat ni pun tak pe. Bread crumb ni untuk bagi roti tu rangup je.
  7. Dah siap gaul tu, masukkan dalam plastik then staple kan. 
  8. Simpan dalam peti ais untuk 24 atau 48 jam supaya aiskrim betul-betul keras
Bila dah simpan dan aiskrim tu dah betul-betul keras, boleh lar digoreng. Masa nak goreng tu pastikan api betul-betul panas sebelum dimasukkan roti aiskrim tu atau aiskrim dalam nanti cair.

Selamat mencuba.