Tuesday 18 December 2012

Zizan , Posmen dan Syila



Siapa yang tak kenal Zizan? Bukan Zizan Nin tapi Zizan Razak ataupun lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak. Jadi sila bayangkan Zizan Raja Lawak okay. Kalau tak dapat bayangkan, ni Syila tepek gambar dia.



Ceritanya bermula begini, masa tu Syila baru habis form 5. Jadi duduk dirumah semata-mata. Abah kata tak payah kerja buat je kerja rumah yang ada. Dikawasan rumah Syila ni ada posmen ni muka tak macam zizan sangat. Cuma hidung dia memang sebijik macam Zizan. Kalau sekilas pandang nampak lar sikit macam Zizan.

Nak dijadikan cerita, setiap hari Syila akan bangun pagi untuk basuh kain and buat semua kerja rumah. Tanpa dirancang, satu hari tu Syila jemur baju awal atau mungkin posmen tu datang awal. Selalunya rumah Syila takde orang, yelar Syila dulu duduk hostel.

Masa tengah jemur kain tu, posmen ni pun datang lar hantar surat macam biasa. Syila yang kebetulan ada kat luar tengah jemur baju, terus lar pergi ke peti pos. Dia mungkin tak perasan Syila masa tu, sebab Syila berada belakang penyidai (maklumlah tengah sidai baju). Syila sampai kat peti pos tu, posmen ni baru je reserve sikit motor dia. Dia terkejut tengok ada orang gamaknya, mujur dia tak jatuh.

Masa tu Syila risau, yelar kalau dia jatuh tak memasal je. Dah lar depan rumah Syila. Abah Syila kata mungkin dia terkejut ada anak dara kat rumah kot. Takpun terkejut sebab ada orang kat rumah. Hahahaha. Sejak tu kalau dia datang je, kitaorang tak keluar rumah. Takut dia terjatuh.

*Itu je. Idea dah hilang. Tak tahu kemana larinya idea tu. Hahahaha*

Sekian,
Love,
YanaSyila

1 comment:

Fariz Reza [FR] said...

nanti pasang CCTV ...

tengok mane tau zizan ke yang jadi posmen kih kih kih : p