Tuesday, 16 October 2012

Kenapa kubur wanita digali 7 kaki manakala kubur lelaki hanya 5 kaki


Hari ni Syila dapat ilmu baru. Bukan ilmu hitam atau apa-apa tapi ilmu agama. Syila ni takde lar jahil sangat cuma kadang-kadang kita terlupa dan tidak tahu sebab sesuatu itu. Macam hari ni, Syila baru tau sebab kenapa kubur lelaki dan wanita tidak sama kedalamnya. Marilah kita sama-sama tambahkan ilmu didada. :)

*******************************************************************
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*
Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari
kelak..

*******************************************************************
Entry sebenar dari sini

Wednesday, 10 October 2012

Resepi | Aiskrim Goreng

Hari ni nak kongsi resepi buat aiskrim goreng. Hehehehe..sebenarnya teringin nak makan.. Dekat Uptown Danau Kota ada jual. Tapi masa bila pulak nak pergi sana. Takkan nak pergi sana semata-mata nak makan aiskrim goreng. Nanti free kena perli dengan MSS tu.. So marilah kita cuba.. Mana tau Syila ada geng teringin nak makan benda ni. :)

Bahan-Bahan

  1. Roti
  2. Aiskrim
  3. Cawan bulat
  4. Plastik
  5. Air
  6. Bread crumb/ serbuk roti


Cara-Cara

  1. Lenyekkan roti yg nak digunakan sampai nipis. Terpulang nak buat berapa keping. 1 aiskrim goreng guna 2 keping roti. 
  2. Letakkan aiskrim dibahagian tengah roti. Jangan banyak sangat nanti susah nak bungkus.
  3. Letakkan sekeping lagi roti atas aiskrim tu.
  4. Ambil cawan bulat, tekap atas roti tu untuk jadikan roti tu bulat.
  5. Untuk cantumkan roti tu, ambil sedikit air letakkan sekeliling roti untuk bagi roti bawah lekat dengan roti atas.
  6. Dah siap lekatkan roti tu, gaulkan roti tu dengan bread crumb tu. Kalau tak buat ni pun tak pe. Bread crumb ni untuk bagi roti tu rangup je.
  7. Dah siap gaul tu, masukkan dalam plastik then staple kan. 
  8. Simpan dalam peti ais untuk 24 atau 48 jam supaya aiskrim betul-betul keras
Bila dah simpan dan aiskrim tu dah betul-betul keras, boleh lar digoreng. Masa nak goreng tu pastikan api betul-betul panas sebelum dimasukkan roti aiskrim tu atau aiskrim dalam nanti cair.

Selamat mencuba.