Lama dan semakin lama dibiarkan sepi. Bukan melupakan tapi tiada kesempatan. Kekecohan dalam kehidupan. Kekeliruan yang tak berkesudahan. Namun hati masih mengingati. Tak pernah melupakan cuma kesuntukan masa.
Terlalu banyak yang berlaku hingga tidak tahu mahu dimulakan dari mana. Dari kisah kehidupan kepada pekerjaan kemudian beralih ke kisah percintaan dan akhirnya terhenti di kisah kesihatan. Yang mana kesemuanya mempunyai dugaan yang tersendiri. Yang perlu dihadapi walaupun diri terasa payah.
Kehidupan bersendirian memberikan lebih ruang mendekatkan diri dengan Pencipta. Malah membuatkan diri lebih mengenali makhluk sekeliling yang sentiasa bertukar ganti. Yang kekal pada waktu susah cuma segelintir. Namun itulah kehidupan yang perlu dilalui.
Bidang pekerjaan yang masih sama. Masih disitu mencari rezeki yang diberikan oleh Pencipta. Namun ianya tidak selamany indah. Banyak yang perlu diberi perhatian. Banyak yang perlu diuruskan tanpa membantah. Bila suara pendapat diutarakan ianya seakan terbang bersama angin lalu.
Percintaan masih di tahap yang sama bersendiri menanti. Benar. Penantian itu menyakitkan tapi diri ini terlalu sakit akibat percintaan dulu. Cukup sudah diri terluka. Kali ini biarkan diri ini menyendiri hingga ada yang mampu membuka kembali hati ini dan menghentikan penantian ku.
Inilah hal yang paling menyakitkan. Bila mana kesihatan diuji. Dan kepercayaan manusia sekeliling menjadi tipis apabila kesihatan yang semakin merosot. Bukan dipinta kesakitan ini. Andai mereka mengerti betapa berat diri ini menghadapi kesakitan ini pasti mereka akan lebih memahami.
Doaku moga hidup kalian dipermudahkan dan berharap kalian juga mendoakan yang terbaik buat diriku.
P/s: menanti saat untuk bertemu dengan doktor. Jangan ditanya mengapa penulisan kali ini berlainan bunyinya. Sekadar meluahkan tanpa menceritakan kisahnya.
Lots love,
Yanasyila
No comments:
Post a Comment