Saturday, 13 August 2016

Inilah yang dinamakan kehidupan

Lama dan semakin lama dibiarkan sepi. Bukan melupakan tapi tiada kesempatan. Kekecohan dalam kehidupan. Kekeliruan yang tak berkesudahan. Namun hati masih mengingati. Tak pernah melupakan cuma kesuntukan masa.
Terlalu banyak yang berlaku hingga tidak tahu mahu dimulakan dari mana. Dari kisah kehidupan kepada pekerjaan kemudian beralih ke kisah percintaan dan akhirnya terhenti di kisah kesihatan. Yang mana kesemuanya mempunyai dugaan yang tersendiri. Yang perlu dihadapi walaupun diri terasa payah.
Kehidupan bersendirian memberikan lebih ruang mendekatkan diri dengan Pencipta. Malah membuatkan diri lebih mengenali makhluk sekeliling yang sentiasa bertukar ganti. Yang kekal pada waktu susah cuma segelintir. Namun itulah kehidupan yang perlu dilalui.
Bidang pekerjaan yang masih sama. Masih disitu mencari rezeki yang diberikan oleh Pencipta. Namun ianya tidak selamany indah. Banyak yang perlu diberi perhatian. Banyak yang perlu diuruskan tanpa membantah. Bila suara pendapat diutarakan ianya seakan terbang bersama angin lalu.
Percintaan masih di tahap yang sama  bersendiri menanti. Benar. Penantian itu menyakitkan tapi diri ini terlalu sakit akibat percintaan dulu. Cukup sudah diri terluka. Kali ini biarkan diri ini menyendiri hingga ada yang mampu membuka kembali hati ini dan menghentikan penantian ku.
Inilah hal yang paling menyakitkan. Bila mana kesihatan diuji. Dan kepercayaan manusia sekeliling menjadi tipis apabila kesihatan yang semakin merosot. Bukan dipinta kesakitan ini. Andai mereka mengerti betapa berat diri ini menghadapi kesakitan ini pasti mereka akan lebih memahami.
Doaku moga hidup kalian dipermudahkan dan berharap kalian juga mendoakan yang terbaik buat diriku.

P/s: menanti saat untuk bertemu dengan doktor. Jangan ditanya mengapa penulisan kali ini berlainan bunyinya. Sekadar meluahkan tanpa menceritakan kisahnya.

Lots love,
Yanasyila

Monday, 25 January 2016

Hair Mask : Masker Rambut

Hai semua. Harini Syila nak share about penjagaan rambut. Setiap wanita mahukan rambut yang sihat dan menawan walaupun bertudung. Syila bukan lar pakar bab ni tapi ini apa yang Syila amalkan dan Alhamdulillah sangat best pada Syila. Rambut kurang gugur, bersinar dan lembut serta mudah diuruskan. 
Cara buat masker ni senang je. Hanya perlukan 3 bahan utama iaitu: 
1. Sebiji telur ayam (ambil putih sahaja. Telur kuning boleh goreng dan makan. hahahah)
2. 4 sudu minyak kelapa dara (yang ni boleh beli kat toko jamu ada jual rasanya. Syila beli dari maklong Syila je)
3. 4 sudu madu. (tak kisah apa jenis madu pun. kalau rasa diri kaya nak pakai madu kelulut pun boleh. hahahha. Syila guna madu beli kat Giant tu je. Madu kelulut makan untuk cure and prevent Asthma je.)
Caranya mudah je. Korang mix semua bahan ni then kacau sampai sebati. Bila dah sebati baru apply kat rambut. Masa mix tu pastikan korang tak buat macam nak goreng telur dadar ye. Just kacau relaks2 je supaya semua bahan tu sebati. Macamana nak tau dah sebati ke belum? Bila dan sebati semua bahan tu tak terpisah. Sebab minyak kelapa dara tu oily jadi bila nak mix dengan madu yang pekat tu and telur agak susah sikit. So bila dah sebati tu korang apply je kat kulit kepala korang. Terpulang nak tuang terus pada rambut then sapu rata atau guna jari sapu sikit2 kat kulit kepala. Syila lebih prefer untuk guna jari then sapu rata pada kulit kepala sebab lebih jimat dan efektif. Dah settle sapu kat kulit kepala baru sapu kat rambut especially hujung rambut. Maklum lar hujung rambut selalunya lebih mudah rosak.
Pakai dua (2) hari sekali je. Tak perlular korang buat tiap2 hari nanti cepat sangat panjang rambut korang tu. Masker ni bukan je untuk sihatkan rambut tapi boleh cepatkan pertumbuhan rambut korang. So far Syila pakai ni memang okay. Takde problem apa pun. Memang best pakai masker ni, Kulit kepala pun rasa sejuk je bila apply benda ni.
Selamat mencuba ye !
Love,
Yanasyila