Malam Ahad tu, syila sangat susah nak tidur memikirkan apa yang bakal terjadi pada hari interview tersebut. Akhirnya pkul 1 pagi baru syila dapat lelapkan mata. Hari Isnin tu syila siap awal. Praktis apa yang patut buat kali terakhir. Then bila sampai je dekat Maybank tu hati ni rasa gementar dan gelisah je. Bila dia panggil suruh isi borang interview syila lagi rasa gementar. Dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 11.30 pagi syila tunggu untuk ditemuduga. Jadi masa tu perasaan gementar tu dah hilang sebab kita dah tunggu terlalu lama dan dah dapat sesuaikan diri dengan keadaan.
Bila dia panggil nama je untuk masuk ke bilik temuduga syila dah rileks dah. Tak terlalu gementar. Dan syila rasa whole proses interview tu sekejap je walaupun hakikat sebenarnya syila berada dalam bilik interview tu almost 30 minutes. Mungkin disebabkan perasaan gementar tu dah hilang dan boleh jawab soalan yang ditanya menyebabkan syila rasa semuanya berlalu begitu pantas.
Bagi syila pengalaman interview dengan pihak Maybank adalah terbaik dan syila enjoy hadapi interview.
Itu jelar yang syila dapat kongsikan dengan korang.
Sekian,
Love,
yanasyila
No comments:
Post a Comment