- MINTA SEKADAR PERLU
- Maksudnya disini, minta sekadar yang kita nak guna je. Pastikan untuk keperluan bukan untuk kehendak. Pinjam sekadar perlu. Jangan nanti bila nak bayar susah.
- BAYAR SEMULA
- Bila kita dah pinjam tu, pastikan kita bayar sebaik sahaja kita ada duit. Kalau kita nak pinjam lagi pun orang takkan rasa susah nak bagi. Jangan sampai orang yang bagi pinjam tu minta.
- JANGAN BUAT ORANG YANG BAGI PINJAM MACAM PENGEMIS
- Bila kita pinjam duit dengan orang, kita patut rasa merendah diri. Bukannya berlagak dengan orang yang bagi pinjam tersebut. Jangan sampai orang yang bagi pinjam pulak terminta-minta duit dia sendiri.
- SEBELUM MEMINJAM
- Pastikan orang yang korang nak pinjam tu bukan orang yang lagi susah dari korang. Dan masa nak bagi pinjam tu sila pastikan orang tu betul-betul korang percaya mampu bayar semula duit.
FINALLY ! Jangan berhutang kalau tak mampu bayar hutang. Fikirkan juga pasal orang yang bagi korang pinjam duit tu. Jangan pikir hidup korang sendiri je. Dah pinjam sila pandai kan diri untuk bayar semula. Takut nanti tak halal pulak duit tu. Takkan korang pinjam RM 50 tapi nak tunggu 3 tahun baru nak bayar kan?. Ada duit je bayar.
Sekian,
Love,
YanaSyila
No comments:
Post a Comment