Tuesday, 10 November 2015

Pengalaman further study as PJJ student


Hai semua.! Yea syila tau syila gagal lagi untuk keep update entry. Tapi memang sekarang agak busy. Bukan apa, pagi sampai petang pergi kerja balik tu dah penat. Weekend pulak ada class for my PJJ study. So, bila dah balik kerja dalam keadaan penat memang buku tak dipandang sangat lar. Tengok TV pun kadang sampai TV tengok kita balik.

Yup, macam yang syila tadi lar yang sekarang ni syila tengah further study. Pada mulanya cadang nak continue Degree Account tapi bila fikirkan balik dengan keadaan masa dan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan maka syila ambil keputusan sambung Human Resources. Subject yang lebih kepada membaca which is bukan kepakaran syila tapi okay kita take it as a challenge lar. Cuma kena put on effort lebih sikit lar. 

Pernah juga rasa nak give up dengan study ni tapi bila ingat balik pesanan abah syila terus batalkan niat tu. Abah syila selalu pesan "kalau kita asyik lari dari masalah sampai bila pun masalah takkan selesai. Hadap je masalah tu dan selesaikan." Alhamdulillah berjaya jugak habiskan study masa diploma dulu. Kalau ikut rasa hati syila masa tu silap-silap sekarang ni duk study Diploma lagi.

Okay lar semua. Later kita sambung story ye. Nak tidur dah ni esok nak bangun awal pergi kerja. Maklum lar cuti Deepavali hanya dapat sehari je. Syila will try to keep update entry ye,

Love, xoxo
Yanasyila

Saturday, 25 July 2015

Cara mengurus kewangan


Bila datang mood nak menaip ni kemain lagi banyak entry syila nak up dalam sehari. Tapi kalau takde mood tu satu entry pun malas nak update. So sekarang ni syila nak share about how you manage your financial.Syila bukanlar bagus sangat dalam merancang kewangan tapi Alhamdulillah setakat ni berbekalkan gaji yang tak seberapa ni syila still mampu survive hidup di KL Selangor ni. Before ni syila urus kewangan sendiri ikut suka je tapi after terbaca satu artikel dekat facebook a few days ago so syila pun ikut pelan yang dibuat tu. Bagi syila memang membantu pun. 
So lets start okay. First sekali agihkan pendapatan korang which means gaji korang lar. Daripada all gaji basic tu korang asingkan kepada beberapa tabungan. Tabungan apa dan nilai tabungan? Okay antara jenis tabungan dan amount:
  1. Tabung NEC (55%) - NEC ni merupakan tabungan untuk necessary things, which means segala perbelanjaan yang korang kena bayar macam kereta, rumah, bil air, bil letrik and so on.
  2. Tabung Charity (5%) - This one kita tak boleh nafikan. Bila kita bersedekah, insyaallah rezeki kita akan lebih luas. Rezeki ni bukan sahaja dari segi duit tapi mungkin dari segi kesihatan, kenaikan pangkat dan sebagainya. Cuma kita  kena ikhlas memberi. 
  3. Tabung Fun (10%) - Tabung untuk fun ni korang boleh lar guna untuk karaoke ke shoping ke and what so ever. Macam syila, syila guna tabungan ni untuk perbelanjaan harian macam minyak and makan. Disebab kan tabung NEC syila ngam untuk bayar hutang. 
  4. Tabung Education (10%) - Okay tabungan ni bukan lar untuk education semata-mata. Tabung ni korang boleh buat untuk beli buku ilmiah dan mungkin jugak simpan untuk SSPN mana lar tau nanti nak sambung belajar boleh guna dari sini. 
  5. Tabung Long Term Saving (10%) - Tabung yang ni pulak untuk long term saving. Saving untuk korang buat bayar deposit rumah ke, beli kereta ke apa. So boleh lar guna dari tabung yang ni.
  6. Tabung Financial Freedom (10%) - This is the last tabung. Tabung ni simpanan jangka panjang. Untuk kegunaan masa hadapan. Yelar semua orang ada impian untuk financial freedom. So lets start from today since kita masih mempunyai pendapatan tetap. 
Jadi ini adalah antara cara syila manage duit gaji syila. Cuma ada certain tu syila alter sikit lar. ikut kemampuan kita. Bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Bila dah tau gaji kita tak berapa banyak then dengan kos sara hidup makin tinggi ni kita kena lar bijak buat pilihan. Macam syila, syila takkan pegi shoping sebulan sekali untuk beli baju baru and so on. Syila pakai apa yang ada je. Even in term of barang rumah macam groceries tu syila suka beli di kedai runcit, pasar malam. Kalau nak beli kat giant or tesco what so ever tu syila akan buat perbandingan harga dulu sebelum beli. 

Credit: Owner of this idea.

Love,
Yanasyila