- Tabung NEC (55%) - NEC ni merupakan tabungan untuk necessary things, which means segala perbelanjaan yang korang kena bayar macam kereta, rumah, bil air, bil letrik and so on.
- Tabung Charity (5%) - This one kita tak boleh nafikan. Bila kita bersedekah, insyaallah rezeki kita akan lebih luas. Rezeki ni bukan sahaja dari segi duit tapi mungkin dari segi kesihatan, kenaikan pangkat dan sebagainya. Cuma kita kena ikhlas memberi.
- Tabung Fun (10%) - Tabung untuk fun ni korang boleh lar guna untuk karaoke ke shoping ke and what so ever. Macam syila, syila guna tabungan ni untuk perbelanjaan harian macam minyak and makan. Disebab kan tabung NEC syila ngam untuk bayar hutang.
- Tabung Education (10%) - Okay tabungan ni bukan lar untuk education semata-mata. Tabung ni korang boleh buat untuk beli buku ilmiah dan mungkin jugak simpan untuk SSPN mana lar tau nanti nak sambung belajar boleh guna dari sini.
- Tabung Long Term Saving (10%) - Tabung yang ni pulak untuk long term saving. Saving untuk korang buat bayar deposit rumah ke, beli kereta ke apa. So boleh lar guna dari tabung yang ni.
- Tabung Financial Freedom (10%) - This is the last tabung. Tabung ni simpanan jangka panjang. Untuk kegunaan masa hadapan. Yelar semua orang ada impian untuk financial freedom. So lets start from today since kita masih mempunyai pendapatan tetap.
Jadi ini adalah antara cara syila manage duit gaji syila. Cuma ada certain tu syila alter sikit lar. ikut kemampuan kita. Bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Bila dah tau gaji kita tak berapa banyak then dengan kos sara hidup makin tinggi ni kita kena lar bijak buat pilihan. Macam syila, syila takkan pegi shoping sebulan sekali untuk beli baju baru and so on. Syila pakai apa yang ada je. Even in term of barang rumah macam groceries tu syila suka beli di kedai runcit, pasar malam. Kalau nak beli kat giant or tesco what so ever tu syila akan buat perbandingan harga dulu sebelum beli.
Credit: Owner of this idea.
Love,
Yanasyila