Tuesday, 2 June 2015

Register Study UiTM Tapah

Assalamualaikum and hai semua !

Sorry sebab tak berkesempatan nak update blog semalam. Sibuk bantu adik syila packing barang-barang dia nak register belajar. Yes ! adik syila yang register bukan syila. Syila kan dah memang part time student so mustahil lar nak register sekali lagi kan. So semalam memang melayankan perangai dia je. If korang baca entry lama syila korang tau lar adik syila yang dulu pegi PLKN tu macam mana. sangat manja dia tu, kalau boleh semua dia nak kakak dia ni cekkan balik either semua benda dah lengkap or not. Bila kita cek tengok semua dah okay baru dia puas hati. Padahal semua benda dah okay je dia kemas and listing dia semua dah complete dah pun. Dari hari first Syila warded tu dia asyik tanya bila Syila nak balik Perak. Dia risau kalau tak cukup and dia takut nak pergi belajar. Even hari discaj tu pun Syila siap tanya kat doktor untuk confirmation bila boleh balik semata-mata nak balik Perak tolong dia kemas beg. Yelar kita dah janji dengan dia nak balik tolong dia kemas beg sekali kita kena warded so benda yang unexpected kan. Tapi Alhamdulillah doktor bagi jugak discaj but still kena continue ubat kat rumah and datang for appointment the next weeknya.
So back to adik Syila masuk belajar ni. Hal Syila warded tu nanti Syila story dalam next entry. Lagipun tajuk kita pasal register adik Syila bukan pasal Syila warded. Hihihihi.

Harini pepagi lagi semua orang bersiap awal nak hantar budak manja tu daftar masuk Uitm. Yes ! Uitm dihatiku. Hahahaha. Ex student Uitm ingat lagi tak lagu Uitm Dihatiku yang kita selalu nyanyikan tu. Hahahhaha. Especially masa orentasi dan graduasi. Hahhahahaha, Jangan nak buat lupa lar ye. Adik Syila register under subjek yang sama macam Syila masa diploma dulu iaitu AC110 which is Accountancy. Yes memang lari dari apa yang dia minat. Dia minat nak kerja in medic line tapi disebabkan dia rasa dia tak boleh nak go on dengan form 6 haritu so dia stop and apply for Account. Bezanya Syila dulu belajar kat Kolej Besekutu Uitm je but still Grad with Uitm Cert lar. Macam adik Syila ni memang belajar kat Uitm kampus Tapah. Dekat je pun. Tak keluar negeri pun still dalam Perak. Dia risau sebab dia tak pernah tinggal jauh dari family. Dia paling lama duduk dngan family. Paling awal adik Syila yang lelaki tu masa dia Form 1. Syila form 4 baru start stay asrama. Adik Syila yang ni memeng tak pernah duduk asrama apatah lagi jauh dari family.

So harapan Syila moga dia terus kuat dan tabah dalam menempuh hidup as a student Uitm. Jangan asyik duk lari dari masalah. Masalah takkan settle if kita terus lari dari masalah tu. Itu lah pegangan yang abah syila bagitau Syila masa memula Syila masuk belajar accountancy dulu. Yelar dulu Syila ni Engineering student bukannya student account. tapi atas nasihat abah dan dorongan family semua Alhamdulillah berjaya jugak habis diploma tu dulu.

Love,
Yanasyila

Monday, 1 June 2015

This is the new begining

Assalamualaikum w.b.t dan hai semua !

setahun lebih syila tinggalkan blog ni tanpa apa-apa update tapi harini syila kembali berblogging balik. kekangan masa uruskan kerja, kehidupan dan pelajaran pun antara sebab kenapa syila jarang berblogging disamping laptop yang dah rosak haritu. setelah hampir 8 tahun berkhidmat akhirnya laptop tu rosak tapi bukanlah major damages pun. cuma motherboard dia ada short sikit bila dia nak on. thats all masalah laptop tu. but sekarang ni syila dah guna new laptop dan laptop tu abah syila yang guna. lama laptop tu berkhidmat untuk syila. bermula dari belajar zaman diploma pakai tu sampai dah kerja dan mula masuk belajar for degree. almost 5 to 6 year jugak berkhidmat so memang sayang dengan laptop tu. okay lar ni just entry pengenalan mula blogging balik je. hahahahaha. nanti ada cerita pape syila share lagi ye. bubbye

Love,
Yanasyila